Friday, 29 October 2010

TAG DAN NAMETAG ADALAH TIDAK SAMA

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha"



Ape ni? ape ni? Aku sekolah Jepun so aku tak paham ape tulisan kat atas ni. Hahahahhaha! Getik betoi aku si Faizal ni main pas-pas tag kat aku pulak. Yee...aku tau aku sekolah dulu memang taksuka pakai nametag, ko kan pengawas nak denda aku lah tu. Dah tua-tua pon nak denda aku lagi.



Hahahahha! Tipu.Tipu. Ko bukan pengawas pon. Aku je memandai. Ok, untuk pengetahuan, aku dah 5 tahun tak jawab tag. Lagi skali tipu sebab blog ni baru je nak masuk 2 tahun, hahahahha!



Ok! Ok! Jangan marah aku jawab sekarang walaupon aku takpaham :)

  1. Aku rabun jauh! Tapi hanya pakai cermin mata waktu tengok tv dan memandu tapi disebabkan 'sunglass' aku nak ala-ala nak lawan Fasha Sendat, so aku membuat keputusan untuk memakai 'sunglass' dari cermin mata sewaktu memandu, mane bley kalah beb! Hhahahaha!
  2. Saya memandu perlahan. Jangan risauu...saya pasti duduk di lane kiri, tak baik susahkan orang lainkan. Tapi jangan tanya kalau tetiba je saya memandu lajuuuuuuuuuu, adele yang tak kene tuuuu (mulut joyah)
  3. Saya memandu...eh, pekehal nak cerita memandu aje. lain...lain... habit saya sangat suka tak susun kasut depan pintu rumah, sebab laki saya akan susun. Ini bukan habit, ini pemalas namanya. Jangan tiru ye adik-adik.
  4. Ketinggian saya lebih tinggi dari Nadia Mustafa, dan kecomelan saya lebih sikit dari Nora Danish dan saiz kasut saya sama dengan Lisa Surihani. Anda suka Lisa Surihani? Pasti anda suka saya juga! Hahahahah! Giler.
  5. Mula berblog pada Disember 2008 sewaktu mengandung anak pertama dikala kandungan mencecah 6 bulan.
  6. Pagi-pagi kalau sampai ofis, saya terus on komputer, bukak blog dan facebook. Pukul 9.00am turun makan dan makan dan kerja.
  7. Saya suka pening-peningkan bos saya yang sedia pening. Padan muka dia kan, hehehe!
  8. Kalau bangun dari tidur, saya terus bangun tengok anak. Kalau belum kawin dulu, bukak mata aje, terus cari mak saya.
  9. Minat giler Harry Potter.
  10. Dulu saya peminat tegar Powerpuff Girls tapi sekarang dengan muka takmalu tetap mengaku ...suka lah!;p
  11. Saya benci orang buang anak, kaki disco, kaki pukul, kaki perempuan, orang menonton video lucah.
  12. Kalau bercuti saya lebih gemar bergambar dari bershopping.
  13. Suka giler high heels walaupon tak baik untuk kesihatan.
  14. Pernah sekali jumpa hantu waktu duduk asrama.
  15. Sewaktu dikolej, hari Sabtu dan Ahad saya dihabiskan bekerja sebagai waitress di Hotel apentah aku pon tak ingat nama dia, huh! ;p
  16. Aku kawin umur 24, dapat anak umur 25 dan perut makin comel umur 26, hehehhe!
  17. Saya suka makeup! Teringin nak pegi kelas makeup!
  18. Saya sangat suka melepak dan minum-minum waktu lewat tengah malam. Tapi sejak berkahwin dah lama tak buat macam tu...
  19. Teringin nak anak lelaki :)
  20. Saya seorang yang cemburu bertempat, kalu tak bertempat, pandai-pandailah menempatkanya seperti yang telah ditempatkan. Paham? paham? Aku pon tak paham, hahahaha! :)
  21. Saya sukakan sesuatu yang lucu dari romantik.
  22. Saya suka berada di opis sebab rakan-rakan di opis sangat lucu, selamba dan hoyehhhhhhh (ntah hape-hape aku ni)
  23. Saya lebih gemar makan roti dari nasi. Tapi nasi ganja dalah peberet saya.
  24. Pilih la Daia-Lupakan Yang Lain (takde kaitan tapi nak bagi tau gak aku suka sabun pencuci baju Daia, hahahahha!)
  25. Aku buat tag ni amik masa sejam, lamaaaa tu!
Takmo tag sesape sebab malam ni malam sabtu. Kaitan???? Lu pikir la sniri! Heehehe! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014