Wednesday, 20 October 2010

JERSI BOLA

Aku tak paham nape orang laki minat jersi. Ececececeeee yang orang pompuan minat calit peh peh makeup kat muka tu takpe pulak ek! Hahahahahaha! Janganlah marah aku wahai lelaki, aku gurau aje. Sebenarnya bukan kisah pon, hehhehehe!!



Al-kisah laki aku minat bebeno dengan jersi bola. Ok. Aku tak kisah. Kalau pergi beli jersi mesti kami terpisah kejap, aku akan ke tempat lain. Pastu tetiba mesti laki aku tepon, "Kat mane? Meh kat tempat jersi jap,"



Huh! Kompom dia nak tanya perunding kehenseman sorang ni. =p Mesti laki aku tanya ok ke idok. Pada aku suuuuma ok! ok! ok! cepat bayar. Pastu leh kita ke kedai baju aku, hahahaha!




Banyak jersi bola baru aku kenali sejak berkahwin.


Ni baru separuh. Laki aku punya jersi menimbun, aku rasa bukak bundle pon aku leh kaya. Paling banyak dia beli masa waka-waka yang lepas. Ikut suka la banggg oii....hehhehhe!!!



Ada lagi dalam bakul kotor tak basuh lagi. Basuh pakai tangan.



Dulu masa memula kawin, selalulah bertekak sebab terkantoi aku basuh jersi guna mesin, hahahahhahaha! Buat jahat tak pandai tol nak cover, hohohoh! Kan dah kena marah, hehehehe! ^o^






Ni jersi peberet aku. Bukan sebab team or color or lambang lompat bintang tu. Ni jadi peberet aku sebab jersi ni adalah jersi pertama dia pakai dating ngan aku. Dating kali ke-2 dia pakai jersi ni. Eh, takde le dating pon, just amik aku lepas kerja pastu pergi makan.



Jersi ni dah lusuh, dari kaler putih terus jadi kuning-kuning dah. Siap ada lobang terkena puntung rokok, uhuhuhu! Berlobang hati laki aku tengok jersi kesayangan dilobangkan tuan sendiri =p




weh aku suka jersi ni gak. Sebab dia fit, ikut body, hahahhahah! Bang, bagi saya ek jersi ni :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014