Tuesday, 26 October 2010

PENCAPAIAN CEMERLANG BALIK OPIS LAMBAT


Tau tak hari ni aku balik dari opis lambat? 6.50pm, lambat kan! Lambatkan! Lambatkan! Pada aku itu lah yang lambat. Selalunya perkara begini terjadi dalam 4 kali setahun, hahahaha! Tak lucu. ada orang balik pukul 10malam pon tak kecoh.



Selalunya 5.30pm aku dah ada atas jalanraya. Opis tutup pukul 5.30pm, magik kan?! Aku adalah juara balik awal! Tapi hari ini kejuraan ku kecundang, cisss....gara-gara bos aku nak ke Kolumpo esok, terpaksa aku siapkan adangan teknikal kewangan, mencik! mencik! mencik! hentak kaki! Cerita Chinta pon aku terlepas.



Perghh...paling tak tahan bila opismate aku cakap, "Ieda, pencapaian cemerlang hari ini, balik lewat dan tak main blog!" Hhahahah" berderai ketawa. Aku pon tergelak sekali :)



Huh! Suka ek korangggg aku balik lewat, takpe..takpe...5-0 (aku 5, korang 0, hahahaha!) Tapi hati sejuk sikit sebab opismate buatkan neslo cicah biskut kering, mantopppppp! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014