Wednesday, 6 October 2010

EYESHADOW SALES GIRL TU BUAT AKU GETIK AJE


Tak betah dok umah kalau duit tengah ada, tapi skang dah elekkpochi, hohohoh! Ini semua gara-gara elianto. Sememangnya aku tak pernah mencuba dan dicubai(ada ke perkataan ni?) tapi pada beberapa hari lepas aku telah tergoda. Ni gara-gara adik lelaki aku, apekehaiii nyer ngko masuk kedai nike yang berhadapan dengan kedai makeup elianto ni?!! Kan aku dah jadi keruan je, tetiba je hantu makeup merasuk memanggil aku masuk kedai depan tu.



Mujur lah bukan hantu cina yang sambut aku kat kedai tu, mauuu aku lari tak pijak eskelator. Aku tengok ada potongan harga pada setiap barang. Kononnya nak tengok aje....(sambil dukung amanda)....tetiba ada salesgirl tempek tepi aku, amoi cina...dah amoi mestilah cina takkan india pulak. Macam biasa kerja salesgirl tanya nak ape? Dah tau aku kat kedai makeup takkan nak cari sayur sawi pulak. Aku tak pandang muka dia lagi tapi mulut ni tetiba je gatai tanya,"makeup removal mana yang paling best?" Aduss...apasal mulut nak bermesra alam plak nih! Pap! Pap!



Ape lagi....amoi tu cadangkan yang ini. Disebabkan ada potongan 50% aku pon amik lah. Pastu aku terpandang mata dia, mak aiii...cunnya eyeshadow! Getk aku! Mau tak getik, mesti aku nak beli, abiss la duit aku "Eyeshadow u lawa, u pakai yang mana?" Tak tau betoi ke idak, dia cadangkan amik yang makeup-kit - spring forest. Ciss...kedekut, cadangkan aku barang yang tengah offer aje, tapi aku beli gak sebab cun jugak yang dia cadangkan tu, siap ada diskaun 50% lagi.





Beli juga eyeliner untuk kelopak atas. Suka pakai yang liquid untuk atas kelopak dan bawah aku prefer pakai KAJAL yang beli dekat Little India,best hitam dan waterproof.





Last one, berus gigi....hotak hang! Berus mata ok, hahahahhaa!!!




Opss...lupa pulak, ni la eyeshadow yang konon-konon best. Aku belum cuba lagi, cam sayang je nak guna, wakakakaka! Bengong! Dah beli pakai aje lah kan kan kan! :)



Hah! Sudah-sudah tu ieda, ingat sikit susu ngan lampin anak tuuuuuuuuu, ahahahhahaha! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014