Wednesday, 20 October 2010

TERJATUH MACAM NANGKA BUSUK, MALU BETOI...


Pagi tadi, lepas kunci pintu rumah, dengan dukung anak belah kanan, kiri pulak pegang beg baju Amanda ngan handbang ngan botol air sekali. Ruang nak lalu masuk ke kereta sempit la pulak.



Tengah terkocoh-kocoh, gedebukkkkkk! Nangka busuk jatuh, eh bukan. Ieda Al-Habsyi yang cun melecun nak pergi kerja terjatuh. Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! Sakit ko tau tak! Sakit! Sakit! Tolong le jangan gelakkan aku tau. Tapi biar aku gelak dulu, hehehhehehe! Nak tergelak pon ada lepas jatuh. Kesian pulak anak aku. Aku pegang anak aku kuat-kuat. Anak aku siap cakap,"Adoiiiiii!"



Sabo jelah. Panjang adoiiii ko Amanda, dah le ko pon jatuh terduduk atas pinggang mama, hohohoho, aku ni yang bertimpa-timpa, hehehehe!



Malu!



Malu kat lantai, kereta, pasu bunga, penyidai baju, kotak peti surat, rumput dan semua-semua yang ada depan mata. Ada pulak kucing lalu depan pagar, malu aku. Mujur pagi tadi tak ramai orang sebab semua dah pergi kerja, hahahahhaha! Tak la malu sangat pon! =p



Sampai opis terus masuk toilet. Sekali ada lebammmm laaaa.....luka sikit, takpe lah.... :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014