Monday, 11 October 2010

LAPTOP ZAMAN TOK KADUK



Huh! Bolen anak aku, hahahhaha! Semalam lepak umah mak aku. Tak tau nak bagi anak aku main ape, nak ajak main aci kejar, kang tak terkejar aku. Bukan dia tak terkejar aku, aku yang tak terkejar dia. Aku selongkar mainan buruk adik aku, huh! Berhabuk giler kooo....dah, adik aku umur 13 tahun sekarang, dah berapa lama tak bersentuh tapi mak aku cakap sebelum simpan dulu, dah basuh semua mainan.

Ok.


Korek-korek.


Bukan korek idung.


Korek-korek bakul mainan.


Jumpe!


Nasib baik tak jumpe anak jin tengah main mainan, kalau tak mau aku pon join sama main sekali.



Aku jumpe yang ni...............



Laptop mainan lama, hehehhehehehe!


Dengan harapan takyah le amanda lepas ni kacau aku nak main komputer, hahahhaha! Canggih lagi mama bagi, laptoppp gitew, ahakss! :)


Tahan lama betoi, dulu aku bising gak buat ape la mak aku dok beli mainan mahal untuk adik aku tu, manja kan sangat! Tapi memang berbaloi sebab masih boleh guna lagi, cuma tukar bateri aje. hohohoho!


Amanda suka betoi. Ceh tak tahan tengok siap ada email lagi, hahahaha!





Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014