Friday, 29 October 2010

SIAPA NAK KAWIN?

Kecik-kecik dulu sape ada main kawin-kawin? Gateiiiiiiii....hahhahahaa! Aku pon ada main, konon duduk atas pelamin la, jadi atok, nenek, anak dan macam-macam lagi. Pas masuk darjah enam jarang dah main sebab nak UPSR, so kene le study.



Dah...aku bukan nak cerita masa kecik-kecik tu, ni nak cerita pasal member-member yang nak kawin. Aku rasa cam ramai je member aku yang kawin tahun ni. Budak opis aku 2 orang. Bagus-bagus, tambah sikit geng 'laki bini' kat opis ni, hahhahahaha! Kawan sekolah aku pon kawin.



Ada pulak kawan kolej aku yang kawin tapi anto kad setem tak cukup sen! Hadoiiiiii ko Cda wehhhhhhhh......aku ni plak maleh nak mengelaim kat pejabat pos tu sebab abang pejabat pos yang gemok tu sesuka je nak bukak pos opis lewat, so takdo mase aku nak menunggu dia beli milo ais dan nasi lemak kat warung Jamal Abdillah tu pagi-pagi. Janji bukak pejabat pos pukul 9.00am tapi 10.15am pon tak nampak tong gerabak ko bang. Saya ni masuk opis 8.30am, kang tak magik pulak.



Mencik-mencik-mencik abang gemok. Abang gemok tak salah, mungkin aku yang banyak songeh. Hahahahahahha! Janganlah marah aku wehhh! Aku baik sejati, ekekekeke!



Eh, aku dapat kad kawin dari rakan blogger. Ceh, skema plak ayat aku ni, ntah pehal ari ni skema betoi. Takpelah..hari ini dalam sejarah, hehhehhe! Aku dapat kad ni last week dari YANI - Sok Sek Sok Sek OneYani. Gitew lah nama rakan blogger aku ni.



Aternyer comei betoi kad, udah macam kad Muszphar ngan Harlina pulak, hahahhaha! Ok, gurau aje, ko jangan le marah aku, aku nak datang ni! Nak datang ni! Kat Seberang Takir, Terengggganu, terover pulak 'g' tu, tandanya jauhhhhhhhhh! Hohohoh! Ko jangan riso, aku insyallah datang sebab aku memang nak balik umah mak mertua aku kat besut denun.



Kalo pergi kat belog Yani, korang tengok ado macam-macam kaler riben dia. Weh, pesal ko bagi aku yang purple, aku nak yang warna-warni tuuu. Giler diman, hahahhahaha! Asal tengok kad kawin, teringat pulak kad kawin aku yang lepas. warna gold tuuu...ala-ala feel raja hahahhahaha :)



*Tahniah Yani, Selamat Pengantin Baru*

:)


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014