Showing posts with label makeup. Show all posts
Showing posts with label makeup. Show all posts

Monday, 8 August 2011

Beg Kene Curik, Kena Beli Makeup Baru


 Eh, aku tak citer lagi pergi holiday Jakarta dan Bandung ari tu kan? Tak pe lah, nanti-nanti la wehh... ni kes beg kena curi dekat airport Jakarta. Tapi bukan beg aku, beg adik aku, hikhikhik! Tapi disebabkan siap kelam kabut, ada satu dua benda aku selit dalam beg adik aku yang hilang tu. Putih mata??? Nganga aje, Beg makeup aku yang hilang noks! Mau gak sedih sadissss!



Makanya aku berjalan dengan gaya natural beauty gitew, kahkahkah!  Bila balik sini, nak pergi kerja pon malasssss, makeup takde noks! Ok, last weekend gian makeup telah meluap-luap bagai. Nak tak nak kena beli jugak, nanti raya kene potong duit raya anak sedara, duit kureng beli makeup, miahahahaha! *dasar kedekut*



Beli separuh dulu, separuh lagi kendian :) Maleh nak pikir banyak, pergi ajer Elianto dan SaSa, tengah sale kan beb!





Lipstik kaler lebam-lebam bagai ditumbuk. Nak bercium pon tak ghairah, hahahahaha! Murah saja, ada less dapat le RM 24






Lip gloss! Santekkk sangat! natural gitew! Kalau beli lipstik, lip gloss dapat potong 50% so jadi RM 9.00 sajok! :)










Eye shadow Vabrian and Luminous dah macam bunyi spell Harry Potter! Hahahahha! Ni kaler-kaler nak pergi nite kelab blogger, hahahahha! Acah jer! :)




Berus vevulu vulu, woiii ni bukan berus cat dinding! Ni  nak cat pipi ku yang mulus! Hhaahhahahah!






Blusher! RM 42 ada less 20%, kira sendiri yunk! :)






Mascara waterprofessor! Ni yang paling cikai abis aku amik, dah less jadi RM 19, cikai-cikai pon aku sayang dia, best! :)






Eyeliner - liquid paper, hahahahah! Ni paling best cinta ati aku abessss, tak hengat berapa hengget, hahahah!

Monday, 27 June 2011

Tenyeh dan Conteng





Ini lah bila anak perempuan, oh, nasib baik perempuan kan, bukan lelaki, heheheheh! Makeup bagai wajib! Kene jugak beli makeup mainan untuk dia, kalau tak, abis patah lipstik aku, eyeshadow dah jadi macam kaler aiskrim padel pop, perfume jadi air mandi, bedak jadi tepung gomak.






Conteng lagi, oh tak puas hati lagi! Mungkin dia mau yang terbaik untuk mamanya, *sedapkan hati*


Hahahahahah! :)

Wednesday, 6 October 2010

EYESHADOW SALES GIRL TU BUAT AKU GETIK AJE


Tak betah dok umah kalau duit tengah ada, tapi skang dah elekkpochi, hohohoh! Ini semua gara-gara elianto. Sememangnya aku tak pernah mencuba dan dicubai(ada ke perkataan ni?) tapi pada beberapa hari lepas aku telah tergoda. Ni gara-gara adik lelaki aku, apekehaiii nyer ngko masuk kedai nike yang berhadapan dengan kedai makeup elianto ni?!! Kan aku dah jadi keruan je, tetiba je hantu makeup merasuk memanggil aku masuk kedai depan tu.



Mujur lah bukan hantu cina yang sambut aku kat kedai tu, mauuu aku lari tak pijak eskelator. Aku tengok ada potongan harga pada setiap barang. Kononnya nak tengok aje....(sambil dukung amanda)....tetiba ada salesgirl tempek tepi aku, amoi cina...dah amoi mestilah cina takkan india pulak. Macam biasa kerja salesgirl tanya nak ape? Dah tau aku kat kedai makeup takkan nak cari sayur sawi pulak. Aku tak pandang muka dia lagi tapi mulut ni tetiba je gatai tanya,"makeup removal mana yang paling best?" Aduss...apasal mulut nak bermesra alam plak nih! Pap! Pap!



Ape lagi....amoi tu cadangkan yang ini. Disebabkan ada potongan 50% aku pon amik lah. Pastu aku terpandang mata dia, mak aiii...cunnya eyeshadow! Getk aku! Mau tak getik, mesti aku nak beli, abiss la duit aku "Eyeshadow u lawa, u pakai yang mana?" Tak tau betoi ke idak, dia cadangkan amik yang makeup-kit - spring forest. Ciss...kedekut, cadangkan aku barang yang tengah offer aje, tapi aku beli gak sebab cun jugak yang dia cadangkan tu, siap ada diskaun 50% lagi.





Beli juga eyeliner untuk kelopak atas. Suka pakai yang liquid untuk atas kelopak dan bawah aku prefer pakai KAJAL yang beli dekat Little India,best hitam dan waterproof.





Last one, berus gigi....hotak hang! Berus mata ok, hahahahhaa!!!




Opss...lupa pulak, ni la eyeshadow yang konon-konon best. Aku belum cuba lagi, cam sayang je nak guna, wakakakaka! Bengong! Dah beli pakai aje lah kan kan kan! :)



Hah! Sudah-sudah tu ieda, ingat sikit susu ngan lampin anak tuuuuuuuuu, ahahahhahaha! :)

Monday, 6 September 2010

TIPS SOLEKAN SIMPLE DI PAGI RAYA


Tinggal beberapa hari je nak rayakan, semalam aku tak buat ape sangat. Pukul 12.30tengah hari Amanda tido, time tu lah aku mula geletek google. Saje main geletek aku nak cari solekan yang sesuai di pagi raya, hakhakahk!!!! Gedikssss kah aku? Takpe sesekali, huahuahua!!!


Dalam aku meng'google' aku jumpe pulak blog Puteri Mona yang ada bagi tips sikit berkaitan dengan solekan yang simple dan minimal di pagi raya. Eh, serius menarik kooo!!! Puteri Mona ni gak ada buat pakej perkahwinan, so kalo kengkorang berminat bebeno nak kawin pas raya ni, jengah le blog dia yeee :)

________________________________________________________________

SOLEKAN MINIMAL DI PAGI RAYA

by Puteri Mona Roziana


APA PERLU ADA DALAM SOLEKAN PADA HARI RAYA?
BASIC! Compact powder, eyeshadow, eyeliner, maskara, blusher and gloss.




WHAT ABOUT LIPSTICK?
Pu3 suggest u'ols kenakan warna soft pink or pink. Pu3 sendiri gemar mengenakan warna pink pucat sb natural. Bersederhana sudah memadai.





ADAKAH SHADING PERLU DIAPLIKASIKAN DALAM SOLEKAN INI?
Teknik shading hanya perlu untuk sesi fotografi atau menghadiri majlis rasmi. Bagi pu3 blusher juga boleh dianggap seperti shading kerana ia juga boleh membentuk muka.





ADAKAH BULU MATA PALSU PERLU UNTUK SOLEKAN HARI RAYA?
Terpulang kepada individu, tidak salah untuk mengenakan bulu mata palsu tetapi sekiranya nak pakai pilih bulu mata yang halus agar tidak menampakkan seperti u'ol mengenakan bulu mata and tidak overlook sangat.





SELAIN DARIPADA MENGENAKAN BULU MATA PALSU, APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYERLAHKAN PENAMPILAN?
Sudah semestinya MASKARA, sapuan maskara ke setiap helaian bulu mata dapat memberi impak pada bahagian mata u'ols. Cara sapuan yang paling berkesan agar bulu mata lebih melentik adalah teknik Z, sapukan ke bulu mata dengan membentukkan Z.






WARNA PEMBAYANG MATA YANG SESUAI DAN SELAMAT DIGUNAKAN?
u'ols perlu ingat solekan sempena hari raya aidilfitri ini perlu ringkas. Untuk itu, pu3 sarankan anda mengenakan warn-warna yang lembut atau warna tanah dan medium color. Contohnya color brown and gold, warnanya yang lembut seakan2 warna kulit dan ada sedikit shinning
lebih menyerlahkan penampilan u'ols.






ADAKAH PEMAKAIAN BEDAK ASAS PENTING UNTUK SOLEKAN HARI RAYA NANTI?
YES!!! sangat penting!! kerana ia mengelakkan muka u'ols berminyak atau berkilat.Untuk menghasilkan solekan yang flawless sapukan rata pada permukaan muka. Jika kulit anda bermasalah seperti berjerawat dan kemerah-merahan u'ols mmg perlukan bedak asas!


_________________________________________________________________________________


Dan masa aku google gak, jumpe satu laman web ni, ape ntah namanya aku pon tak ingat tapi kat sini dia ada ajar solekan yang paling cepat nak mamposs iaitu dalam masa 2 minit. Boleh kome-kome try ek, hikhikhik! :)


























Tuesday, 16 March 2010

TIPS UNTUK YANG MALAS BERMAKEUP


Sape suka makeup? Sila angkat tangan. Eh...takyah, bacin ketiak kamu tu, kang pengsan pulak aku. Aku suka makeup walaupon aku tak pandai bermake up, sekadar conteng-conteng boleh la, hhehehe!!! Ada sesetengah perempuan tidak bermakeup. Tak salah...mungkin dia lebih selesa begitu, tapi sedarlah bahawa kamu akan kelihatan sangat pucat seperti mayat berjalan tambahan kalau kamu kering melidi. Jahat sungguh mulut ku, ;p



Perempuan yang tak bermakeup ni biasanya simple orangnya. Tapi janganlah sampai pasangan kamu memandang ke arah lain, lagi-lagi maknyah! hahahha!! Tak jeles ke tengok maknyah makeup lebih vouge dari perempuan asli?? Ape-ape pon dia maknyah, lebih baik kita yang asli ni, miahahaha!!



Ok-ok aku ade sedikit tips untuk sesiapa yang malas bermakeup waktu keluar rumah, aku tak suruh kamu bermakeup macam topeng cina opera, kurang-kurangnya berlipstik lah ya :)


  1. Kalau rasanya korang ada eye-bag, atau pon mata tu dah macam panda, sila lah pakai sunglass, lagi besar lagi bagus! Sunglass ni boleh cover mata korang yang berapa menggoda tu, macam aku, ahahahah!!!
  2. Sekurang-kurangnya pakai lah lipstik yang natural, tak de lah pucat sangat kan :)
  3. Berbedak lah sedikit, compact powder kan banyak kat pasaran.
  4. Sedikit blursher, sikit je..bagi nampak fresh :)


Itu saja, tapi kalau takmo jugak ikut tips di atas pon tak pe, coz aku ade lagi tips untuk wajah lebih bersinar tanpa makeup:


  1. Minum air yang banyak, makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet yang sihat akan memancarkan wajah yang ceria!
  2. Bersihkan wajah dengan pencuci muka dengan menggunakan an antibacterial acne wash, setiap hari.
  3. Scrub muka setiap 3 hari. Ini akan menyegarkan wajah.
  4. Gunakan moisturizer with sunscreen setiap hari.


*pic credit to google
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014