Showing posts with label myMetro. Show all posts
Showing posts with label myMetro. Show all posts

Thursday, 5 January 2012

Muslimah Spa & Salon - Lelaki Dilarang Masuk Termasuk Suami

Spa and salon memang best! Kalo tak pergi salon setiap minggu tak sah tapi di Ipoh ni punyalah payah nak mencari salon dan spa yang bercirikan muslimah yang best. Tapi tadi terbaca di myMetro, ada Muslimah Spa & Salon di Taman Tun  Dr Ismail, Kuala Lumpur. Wahhh! Baru seronok diknon!






Laki kau sendiri pon tak boleh masuk, haa...ini baru betul. Kadang geram bila ada yang bawak lelaki sendiri masuk, walhal kita dok sedap berkemban urut bagai kat dalam spa, pusing-pusing tetiba ada pulak jantan sekor dalam spa dengan muka tak bersalah. Benci weh situasi begitu! 


Bagus juga Muslimah Spa & Salon ni bila laki sendiri pon NO ENTRY ok! So suruh le laki ko pusing-pusing KL sejam dua, tak pon tido kat umah, hahahaha! Jangan nak bermanja berteman bagai, nak manja-manja, pergi buat spa sendiri dalam rumah, hahahahah!


Aku jugak yang senang, pergi mana tak ajak laki, tu yang orang ingat anak dara, eh..eh... PANG!!!! *PerasanNakMampos* HAHAHAHAHA! ;)

Saturday, 8 October 2011

Bayi 23hari Diliwat Bapa - Apa Gilerr Ker!!






GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.


Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.



Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.



“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.- myMetro


p/s: Ni bukan manusia dah ni, ni tahap iblis! Amik kau si bini pon tak beragak nak berlaki muda!

Monday, 23 May 2011

Tidak Didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipetik berkata, rumah anak yatim terbabit tidak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.




Terbaru, struktur ranap ditimbus tanah runtuh di Hulu Langat itu disahkan MPKJ  tidak memiliki Sijil Layak Menduduki atau CF.


Siapa harus bertanggungjawab?? Haa..jawab..jawab..naya je.. Al-Fatihah. Sedih. Sayu.








Thursday, 21 October 2010

ROZALIYA LARI SEBAB TAKMAU KAWIN


Eh, korang baca tak cerita budak Rozaliya yang hilang di syaki di culik tu?? Baca tak? Baca tak? Aku baca gitu-gitu aje, hehhehe! Lepas tu pulak tup tup dah jumpe kat Bukit Bintang. Rupenyer bukan kene culik tapi dia lari dan buat cerita sebab takmau kahwin dengan tunangnye....



Hoooo...gitew lah ceriternyer. Siapa tak risau, dia dah la comei putih gebu, mujur masih selamat. Tapi perkara macam ni masih boleh diselesaikan dengan perbincangan kedua-dua pihak. Takmau le lari pastu buat cerita camtu, gempar satu dunia, eh..Malaysia.



Cerita selanjutnya kat SINI


*comei gak rambut pelesu tu, hhehhehe!

Wednesday, 20 October 2010

MELETOP DAS DAS PAKAI BAJU MERAH CILI


Sungguh cuncantik betoi Nasha Azizi ni walaupon umur hampir 40 tahun. Masih belum berkahwin. Ramai yang tanya, nape tak kawin lagi?? Ada sesetengah wanita cukup sensitif dengan soalan tu, aku pon tak suka. Ala kak Nasha...tak yah pening kepala, ada jodoh insyallah suatu hari nanti kan :)



Kalau kawin pastu cerai pon buat ape, buat sakit hatiiii aje. Jadi biar lambat asal berbahagia, cewahhh..pandai je aku tolong jawabkan. Heheehe!



Perghh..meletop letop das das kak ko pakai baju merah cili, I likeeeeeeeee! Sesuai bebeno dengan kulit putih gebusss tu!



*Gambar dan cerita selanjutnya sila klik SINI*

Tuesday, 19 October 2010

3 ARTIS DIDAKWA MURTAD


Rianti berkahwin di geraja di NYC




Lepas satu, satu. Eh, lepas satu dua lah, korang tadika mane nih? Haishhhhh.... Lepas si PeterPorn punya hal timbul pulak gosip baru, murtad!



Tapi di Indonesia ni agama aku tengok macam main-main aje, kalau artis lah... Yang Islam kahwin dengan bukan Islam. Yang sedia Islam tapi cara hidup macam bukan Islam, adoiii... Kalau betullah.. cecepat la bertaubat,pintu taubat masih terbuka...



Klik SINI untuk berita penuh.

Wednesday, 18 August 2010

Kes cerai Roslin Hashim: Isteri Mendakwa Roslin Bersama Raja Azmi di Sebuah Hotel

Terkejut. Cerai lagi. Pada pendapat sesetengah orang, "alah...biasa lah tu,rumahtangga..."

Dulu, kahwin beberapa hari, cerai. Sekarang, baru kahwin sebulan cerai juga. Setiap rumahtangga ada masalahnya tapi banyak lagi cara boleh di selesaikan...




HULU KLANG: Isteri kepada jaguh badminton negara, Roslin Hashim, mendakwa cerai berlaku selepas dia mendapati suaminya bersama Raja Azmi Raja Sulaiman di sebuah hotel di Ampang, di sini pada 7 Ogos lalu.


Norhayati Othman, berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini.


Permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan oleh Norhayati pada 16 Ogos lalu. Dalam prosiding bicara itu, Norhayati mendakwa pada 7 Ogos lalu di bilik 533 Hotel Corus, Jalan Ampang, Ruslin melafazkan talak berbunyi 'I cerai you lah'. Turut berada di dalam bilik ialah dua adiknya, Ruslin, Raja Azmi dan suaminya Jailani Sidek.


Menurut Norhayati, berlaku perdebatan antara mereka di dalam bilik itu sehingga membawa kepada kejadian melafazkan talak pada jam 8.30 malam. Norhayati berkata, dia bersama dua adik, ibunya bertemu dengan Jailani di hotel itu. Sementara itu, Ruslin dalam keterangan mendakwa dia pergi ke hotel itu bersama Raja Azmi dan dengan pengetahuan Jailani sendiri. Bagaimana Roslin tidak menafikan bahwa pada hari yang sama sejak awal jam 3 petang dia bersama Raja Azmi makan durian dan menunggang kuda di Kemensah.


Roslin mendakwa dia menanggap Raja Azmi sebagai kakak dan ibu kerana hubungan rapat mereka yang terjalin sejak 12 tahun lalu begitu juga dengan Jailani. Mahkamah kemudian tetapkan 1 September ini uuntuk pihak Norhayati mengemukakan hujah lisan dan bertulis. Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Mohamad. Norhayati diwakili peguam Zulkarnain Lukman, manakala Roslin diwakili Roslizam Rahim.


p/s: Anggap sebagai kakak? Oh! Bukan muhrim, syaitan ada dimana-mana ok!

Monday, 9 August 2010

Mayat bayi ditemui di kawasan perlupusan sampah di Tanjung Rambutan

IPOH: Seorang lelaki yang sedang mencari barang barang lusuh terperanjat besar apabila menemui mayat seorang bayi hampir busuk di kawasan pelupusan sampah di Tanjung Rambutan di sini hari ini.


Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, mayat bayi lelaki yang berbungkus dengan kain batik dan lengkap berpakaian serta hidung disumbat dengan kapas itu ditemui lelaki berkenaan pada jam 1.50 petang, yang kemudian terus membuat laporan di balai polis berhampiran.


Beliau berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui bayi yang dipercayai berusia lebih sebulan itu berhampiran dengan timbunan sampah, dan bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.



Katanya, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian bayi itu.



"Bayi itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dan kesan lebam ditemui di seluruh badannya," katanya ketika dihubungi hari ini.



Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dengan menelefon 05-2451222 bagi membantu siasatan.-Bernama

Friday, 23 July 2010

AYAH GUNA ANAK 5 TAHUN UNTUK MENCURI

Isk..isk...Allah bagi anak supaya kita jaga dia, didik dengan perkara yang elok, beri kasih sayang tapiiiiiiiiiii lain pulak jadinya.....

________________________________________________________

LUMUT: Polis menahan seorang lelaki yang menggunakan anaknya berusia lima tahun untuk melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan di sekitar daerah ini.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di Pusat Makanan Sitiawan dekat sini, awal pagi Isnin lalu selepas polis menerima laporan daripada beberapa orang mangsa.


"Lelaki itu menjadikan anaknya sebagai pembantu ketika dia melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan yang telah dikenal pasti. Suspek yang menunggu di luar premis terbabit sebelum itu memberikan anaknya wang tunai bernilai RM100 untuk berpura-pura membeli barang di premis perniagaan termasuk kedai makan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya, mangsa kemudian mencari wang baki dengan meninggalkan kaunter bayaran, ketika itu kanak-kanak itu akan menyelongkar laci di kaunter berkenaan dan melarikan kesemua wang tunai yang ada.



Beliau berkata, ketika menggeledah kereta suspek, polis menemui wang tunai berjumlah RM4,700, tiga keping kad pengenalan, lima telefon bimbit, beberapa keping kad bank dan sebungkus plastik mengandungi dadah dipercayai ganja.



"Siasatan awal mendapati, suspek terbabit dalam beberapa kes curi iaitu satu kes di Hilir Perak, empat kes di Manjung dan tiga kes di Perak Tengah," katanya.



Mohd Jamil berkata, anak suspek berkenaan akan diserahkan kepada bapa saudaranya untuk jagaan sementara sebelum diserahkan kepada Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Pulau Pinang sebaik sahaja siasatan kes selesai.-Bernama

Wednesday, 21 April 2010

75 KES BARU H1N1 DIKESAN


Seram lah! H1N1 ada lagi...

PUTRAJAYA: Sejumlah 75 kes baru Influenza A (H1N1) dikesan sehingga pukul 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes itu setakat ini ialah sebanyak 13,274.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bagaimanapun berkata tiada kematian baru dilaporkan semalam.


Beliau berkata, bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 11 orang dengan lapan daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.


"Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 624 kes.


"Daripada jumlah tersebut, 85 kes telah disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dr Mohd Ismail berkata, sehingga jam 8 pagi ini, pihaknya menerima sejumlah enam laporan kejadian kluster ILI dari dua negeri iaitu Selangor dan Melaka.-myMetro


code - U35HNT2X99TN

BUANG BAYI CACAT - LAHIR TANPA MATA DAN HIDUNG


Pagi tadi, aku nak bersiap-siap ke pergi kerja, macam biasa...bukak tv, bagi Amanda tengok, sementara aku nak bersiap. Pastu ada berita pagi tadi, Bayi Cacat Tanpa Mata dan Hidung ditinggalkan di rumah Kebajikan Kanak-Kanak Cacat Ipoh.



Ya Allah...sedih, hina sangatkah sampai diserahkan kepada orang lain? Bayi suci dan tak berdosa, memerlukan sokongan dan kasih sayang keluarga saat ini, mengapakah ditinggalkan?? Adakah kamu malu??? Adakah sebab dia tidak sempurna seperti bayi lain??? Janganlah kamu buat begitu!!!! Kamu sungguh kejam sehingga tidak ambil tahu keperluannya!



Sedih....memang sedih....sebab bayi itu memerlukan kasih sayang ibu bapanya saat ini.




Setelah kamu tinggalkan dia di rumah kebajikan, tahukah kamu...lebih ramai orang ambil berat mengenainya, melimpah ruah kasih sayang dari dari insan bukan darah dagingnya, rasa kasihan menggigit hati rakyat Malaysia... - Baca lanjutan di myMetro

Tuesday, 6 April 2010

PEROMPAK KEJAM SANGGUP TEMBAK RAKAN SENDIRI

Suspek...perompak yang menembak mati rakannya sendiri
KUALA LUMPUR: Seorang perompak tergamak melepaskan dua das tembakan sehingga membunuh kawan sendiri selepas mendapati rakan jenayahnya itu parah akibat ditembak pengawal keselamatan sebuah kedai emas. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang semalam, perompak berusia 30-an terbabit tidak teragak-agak mengacukan pistol separa automatik ke arah perut rakannya yang terbaring kesakitan sebelum melepaskan tembakan.


Tindakan ganas perompak itu membunuh rakannya dipercayai dilakukan bagi memastikan rahsia kumpulan penjenayah berkenaan tidak terdedah.


Rompakan dikatakan berlaku apabila dua penjenayah berbaju kemeja masuk ke sebuah pusat beli-belah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini melalui pintu sebuah restoran makanan segera.


Mereka menuju ke arah kedai emas bersebelahan restoran makanan segera itu untuk melakukan rompakan nekad bersenjatakan sepucuk pistol.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhamad Sabtu Osman, berkata perompak terbabit kemudian menyerang seorang pengawal keselamatan yang bertugas di hadapan kedai emas berkenaan sebelum merampas senapang patah dipegang pengawal terbabit.


Menurutnya, kedua-dua perompak kemudian meluru ke dalam kedai emas sebelum mengarahkan empat pekerja supaya tidak melawan dan membuka rak pameran.


“Bagaimanapun, dua perompak berkenaan tidak menyedari kehadiran seorang lagi pengawal bersenjatakan senapang patah yang bersembunyi dalam bilik khas yang dibina menggunakan cermin kalis pandang depan.


“Ketika perompak sibuk memindahkan lapan dulang barang emas ke dalam beg galas dibawa, pengawal keselamatan berkenaan mengacukan senapangnya sebelum melepaskan satu das tembakan tepat mengenai perut dan rusuk seorang daripada perompak terbabit,” katanya.

Muhamad Sabtu berkata, kejadian itu menyebabkan dua perompak berkenaan terkejut dan kelam-kabut melarikan diri bersama barang kemas dianggarkan bernilai lebih RM500,000.


“Dalam keadaan kesakitan dan berlumuran darah, perompak yang cedera itu cuba melarikan diri dengan beg berisi barang kemas tetapi tidak berdaya sebelum jatuh di lantai restoran makanan segera berhampiran.


“Agak mengejutkan apabila rakannya yang bersenjatakan pistol lantas melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), perompak itu melepaskan dua das tembakan ke arah perut rakannya menyebabkan lelaki itu mati serta-merta di tempat kejadian.

“Dia kemudian merampas beg berisi barang kemas daripada mayat rakannya sebelum melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di luar pusat beli-belah itu,” katanya.


Menurutnya, sebelum melarikan diri, perompak itu sempat mencampakkan senapang patah milik pengawal keselamatan yang dirampas ke kawasan pokok bunga berhampiran.


“Penjenayah terbabit cukup berani dan berpengalaman apabila tidak memakai penutup muka atau topi keledar ketika melakukan rompakan. Setakat ini, polis tidak dapat memastikan punca dia membunuh rakannya sendiri, namun tidak menolak kemungkinan ia dilakukan bagi memastikan identitinya tidak terbongkar.


“Berdasarkan pemeriksaan awal, perompak yang ditembak mati itu berusia 34 tahun dan mempunyai rekod jenayah kes samun dan penagihan dadah,” katanya.


Sementara itu, polis forensik Kuala Lumpur yang melakukan siasatan terhadap mayat perompak yang mati dalam keadaan tertiarap itu mendapati tubuhnya penuh dengan kesan tembakan peluru penabur.

“Setakat ini polis sudah mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - myMetro

Monday, 29 March 2010

PELAKON BADRUL MUHAYAT PUKUL ISTERI


AMPANG: Jika dulu dia menjadi idola peminat serta rebutan pengarah untuk membintangi filem dan drama, kini lain pula jadinya apabila pelakon kacak yang pernah mengecapi kehidupan glamor, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, menjadi antara orang paling dikehendaki polis.

Pelakon terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan empat kes masing-masing dua jenayah ugutan dan dua kes pukul yang dilakukan terhadap isterinya, sekali gus memungkinkan dia bakal ditahan di mana-mana tempat.


Malah, Badrul Muhayat boleh dianggap licik kerana setiap kali polis ke rumah untuk menahannya, pelakon terbabit seolah-olah dapat ‘menghidu’ kehadiran pihak berkuasa itu sebelum menghilangkan diri.


Sebelum ini, pelakon terbabit pernah dilaporkan menjadi buruan polis dan terbaru, dia sekali lagi membuat hal apabila didakwa membelasah isterinya selepas menyedari wanita berkenaan mungkin sudah mengetahui dia mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.


Kejadian Rabu lalu seolah-olah mengulangi kelakuan panas baran Badrul Muhayat kerana dia sebelum ini pernah dilaporkan melakukan perbuatan sama terhadap isterinya.


Dalam kes terbaru ini, isteri pelakon terbabit mendakwa dia diperlakukan dengan kejam apabila dipukul, ditumbuk serta ditendang selain dicekik leher.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata dalam kes terbaru itu, Badrul Muhayat naik angin selepas isterinya mengesyaki dia menghisap dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain ketika mereka berada di rumah di Kampung Cheras Baru di sini, kira-kira jam 7 pagi.


“Ketika itu, pelakon terbabit baru pulang ke rumah selepas sekian lama menghilangkan diri dan isterinya yang mengesyaki dia mengambil bahan terlarang cuba bertanyakan perkara itu.


“Selain itu, isterinya terbaca kandungan SMS dan meminta penjelasan sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain,” katanya.


Menurut Abd Jalil, ketika itu berlaku perselisihan faham dan pelakon terbabit yang tidak dapat mengawal kemarahan mula naik angin dan terus memukul isterinya.


“Ketika pergaduhan itu, isteri mangsa terpaksa melontarkan pinggan untuk mempertahankan diri dan keadaan kecoh itu turut didengari jiran.


“Mangsa yang cedera kemudian dibantu dan dibawa jirannya untuk membuat laporan di balai polis,” katanya.


Menurutnya, polis berharap Badrul Muhayat segera menyerah diri dan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Pada masa sama, polis berusaha menjejaki pelakon terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah ternampak suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.


Harian Metro pernah melaporkan kes membabitkan pelakon terbabit yang berlaku dua tahun lalu apabila dia didakwa pernah mengugut membunuh dan mencederakan isterinya. Selain itu, dia dilaporkan pernah memukul isterinya dan menendang perut wanita terbabit yang ketika itu mengandung sehingga mengalami keguguran. - myMetro

Saturday, 20 March 2010

CETUSAN CINTA SONGSANG

KUALA TERENGGANU: “Saya mencintainya sepenuh hati sebagaimana saya mencintai seorang lelaki dan dalam hati ini hanya ada dia. Saya tak sanggup berpisah dalam masa terdekat ini,” akui Trisya (bukan nama sebenar), 20, yang sudah lebih setahun menjalin hubungan cinta terlarang dengan seorang pengkid.

Im (bukan nama sebenar), 21, hadir dalam hidup Trisya saat dia sangat memerlukan seseorang selepas hatinya hancur dikecewakan seorang lelaki yang amat dipercayainya selama ini.


Sebelum ini, Trisya pernah beberapa kali dikecewakan dan dia mula muak dengan perangai lelaki buat masa ini kerana menganggap lelaki bercinta hanya untuk memuaskan nafsu dan mahukan duit semata-mata.


Justeru, dia mengambil keputusan bercinta dengan kaum sejenis yang dianggap lebih memahaminya selain mempunyai naluri sama.


“Saya mengenali Im melalui seorang kawan sekadar untuk ‘suka-suka’, namun lama-kelamaan perasaan sayang terhadapnya semakin mendalam ditambah pula dengan rasa cinta yang menebal,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.


Menurutnya, kali terakhir dia bercinta dengan lelaki tiga tahun lalu ketika dia baru menamatkan zaman persekolahan dan sepanjang percintaannya bersama bekas teman lelakinya itu dia tidak pernah bahagia seperti sekarang.


Katanya, bekas teman lelakinya itu seorang yang tidak pernah mengambil berat terhadapnya dan sering memaksanya melakukan hubungan seks selain meminta duit perbelanjaan harian.


Namun, akibat tidak tahan ujian berkenaan, Trisya akhirnya mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka dan berpisah walaupun hatinya masih mencintai lelaki berkenaan.


“Kehadiran Im dalam hidup saya pada Oktober 2008 benar-benar membawa bahagia kepada saya kerana dia lebih memahami, apatah lagi hati saya ketika itu remuk selepas dikecewakan insan bernama lelaki.


“Selepas beberapa minggu mengenali Im melalui seorang kawan, saya dapat rasakan hati kami mula serasi sehinggalah mengambil keputusan untuk berhubung lebih mesra dan tinggal serumah sebelum terdetik perasaan cinta,” katanya.


Menurut gadis itu, sejak dia bercinta dengan Im hidupnya sangat bahagia walaupun tahu ia salah dan berdosa besar di sisi agama, namun katanya pengkid itu melayannya tidak ubah seperti seorang isteri.


“Dia faham apa yang saya mahukan dan saya juga begitu. Saya akui kami memang ada membuat hubungan seks seperti pasangan lain, namun dia juga tidak pernah memaksa saya untuk melakukan jika saya penat atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan, itulah yang membuatkan saya bertambah sayang pada Im,” katanya.


Menurutnya, dia kini bimbang jika keluarganya mengetahui rahsia itu kerana keluarga kedua-dua belah pihak langsung tidak tahu mengenai hubungan mereka yang hanya diketahui sekadar rakan rapat.


Menurutnya, dia sedar realiti kehidupan dilaluinya sekarang salah tetapi memerlukan masa untuk berubah.


Katanya, dia dan Im akan berubah pada satu masa nanti tetapi bukan sekarang kerana buat masa ini mereka masih memerlukan dan akan menyimpan rahsia ini daripada terbongkar terutama kepada keluarga.


Kata Trisya, dia juga sudah banyak berubah sejak mengenali Im. Jika dulu dia tidak bekerja dan sering berfoya-foya, tetapi kini dia dan Im sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan, manakala pada waktu lapang dia lebih selesa berada di rumah ‘bermesra’ dengan pengkid berkenaan.

“Walaupun Im menjadi pengkid sejak zaman kanak-kanak lagi tetapi dia tidak seperti pengkid yang saya kenal sebelum ini yang mengambil minuman keras, dadah serta banyak menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Im sekadar menghisap rokok dan ketika saya mengenalinya dulu, dia seorang ahli sukan,” katanya. - myMetro

______________________________________________________________

Ee...geli aku...

“Dia faham apa yang saya mahukan dan saya juga begitu. Saya akui kami memang ada membuat hubungan seks seperti pasangan lain, namun dia juga tidak pernah memaksa saya untuk melakukan jika saya penat atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan, itulah yang membuatkan saya bertambah sayang pada Im,” katanya." <----alahai...boleh pulak macam tu...adoiyaiiii...dunia...dunia..




Thursday, 18 March 2010

SUAMI GILA SEKS DITINGGALKAN ISTERI


KUALA LUMPUR: Kemaruk mengambil ratusan jenis pil rangsangan seks semata-mata untuk menjadi ‘jaguh marathon’ di ranjang menyebabkan seorang lelaki akhirnya ditinggalkan isteri yang tidak tahan melayan nafsu melampau suaminya itu yang dianggap gila seks.
Lebih menyeksakan apabila lelaki berkenaan akhirnya menderita apabila racun kimia berbahaya daripada pil perangsang ditelannya turut mengakibatkan saluran darah pada kemaluannya membengkak selain menyebabkan zakarnya menjadi bengkok.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tapa, 40, berkata dia mula mengambil pil perangsang seks sejak zaman remaja sekitar lewat 90-an selepas terjebak dengan seks bebas dengan beberapa teman wanita.


Ketika itu, dia mendakwa mempunyai ramai teman wanita yang dikenalinya ketika bekerja di sebuah kilang elektronik di Sungai Way, dekat sini.


“Mungkin kerana kerap melakukan hubungan seks haram ketika itu saya memberanikan diri mencuba pelbagai kaedah tradisional seperti gambir Sarawak, minyak lintah, rebusan cula buaya dan pelbagai pil jamu perangsang nafsu,” katanya, ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.


Dia yang kini bekerja sebagai penjual kasut di pasar malam di sekitar ibu kota mendakwa, pelbagai kaedah sampingan turut dicuba antaranya melakukan urutan batin oleh bomoh pada alat kemaluannya bagi memastikan ia mampu memberi daya juang tinggi di ranjang.

“Saya ketika itu betul-betul ketagih seks, malah adakalanya sanggup melakukan onani dalam tandas lebih tiga kali sehari untuk memenuhi kepuasan batin,” katanya.


Menurutnya, atas desakan keluarga, dia akhirnya mengambil keputusan berumah tangga dengan gadis pilihan orang tuanya yang juga sepupunya pada 2006.


“Walaupun usia saya ketika itu menjangkau 35 tahun, saya akur dengan permintaan keluarga demi menjaga hati ibu yang sudah uzur. Bagaimanapun isteri tidak dapat menghidu tabiat gila saya kerana saya banyak mendiamkan diri ketika awal perkahwinan.


“Namun selepas beberapa bulan berkahwin, nafsu saya kembali tidak terkawal dan dia menjadi tempat saya melepaskan keinginan tidak kira siang atau malam. Walaupun ada yang tidak percaya, namun saya mampu mencapai eraksi sehingga lima kali sehari,” katanya.


Menurutnya, bagi memenuhi tuntutan selera luar biasanya itu, dia gemar membeli pil perangsang seks termasuk Viagra tiruan daripada penjual produk seks kaki lima terutama di sekitar Chow Kit, di sini.


“Kebanyakan pil perangsang seks terbabit mampu membuatkan kelakian saya menjadi ‘kuat’ bagi tempoh antara dua hingga empat hari tanpa menunjukkan tanda-tanda layu.


“Akibatnya saya menjadikan isteri sebagai bahan eksperimen untuk menguji pil perangsang seks berkenaan. Walaupun dia kerap kali menolak akibat tertekan, namun saya sering gagal mengawal perasaan,” katanya.


Akibatnya, mereka kerap bergaduh dan pernah beberapa kali dia berkasar dan menggunakan kekerasan untuk memaksa isterinya melakukan hubungan seks.


“Saya tahu tindakan saya melampau dan tidak wajar sebagai suami, namun pil perangsang seks yang dimakan berulang-ulang kali itu tidak ubah seperti candu dadah yang menyebabkan saya ketagihan melakukan seks.


“Malah jika nafsu saya tidak dilayan, saya sanggup pergi ke rumah pelacuran atau melanggan pondan,” katanya Tapa berkata, rumah tangganya yang retak menanti belah akhirnya gagal diselamatkan apabila isterinya bertindak melarikan diri pada awal Januari lalu.

“Saya pernah memujuknya untuk kembali namun, `S’ hanya meminta dia diceraikan segera atas alasan tidak berupaya untuk memenuhi keinginan melampau saya,” katanya.


Pada masa sama, dia turut menunjukkan contoh beberapa produk rangsangan seks haram yang didakwa berbahaya dan memberi kesan jangka panjang kepada kesihatannya.


“Mungkin kerana terlalu kerap mengambil pil perangsang seks haram, saya kerap berasa kebas, berdenyut dan sakit pada alat kemaluan hingga tidak dapat tidur dan membuang air kecil.


“Urat pada kemaluan mula menonjol keluar dan kemaluan saya menjadi bengkok dipercayai akibat tekanan darah berlebihan. Lebih memeritkan apabila ubat rangsangan seks itu sudah tidak lagi berkesan sebaliknya menyebabkan saya kini menderita mati pucuk,” katanya kesal dengan perbuatannya pada masa lalu.


Menurutnya, dia kini menyesal dengan apa yang dilakukan dan sudah meninggalkan tabiat memakan pil perangsang seks haram terbabit sejak sebulan lalu atas nasihat doktor dan keluarga. - myMetro

Friday, 19 February 2010

KEPUTUSAN STPM DIUMUM KHAMIS DEPAN


KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai pukul 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon-calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM nombor kad pengenalan dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Menurut MPM, keputusan juga boleh diperolehi dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh itu.


Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 11.30 pagi pada tarikh yang sama di pejabat MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.


Tahun lalu 52,348 calon menduduki peperiksaan STPM.


Daripada jumlah itu, 47,260 orang atau 90.28 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 1,747 (3.34 peratus) calon sekolah swasta dan 3,241 (6.38 peratus) calon persendirian. - Bernama~myMetro

Friday, 5 February 2010

SUAMI TETAK JARI ISTERI

AMPANG: Buang semua empat jari yang terkulai akibat ditetak bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawa sendiri atau sambung semula jari terbabit, tetapi perlu berdepan risiko kemungkinan kehilangan dua jiwa.

tulah pilihan diberi doktor pakar kepada seorang pekerja bank, Norshamila Abd Majid, 34, yang sedang hamil lima bulan ketika dibawa ke dewan bedah Hospital Ampang kerana empat jari kirinya terkulai akibat ditetak suami sendiri menggunakan pisau pemotong daging.


Namun, sifat keibuan mengatasi segala-galanya apabila dia memilih menyelamatkan bayi dalam kandungan dan nyawanya sendiri menyebabkan Norshamila kini terpaksa menanggung kecacatan seumur hidup apabila jari telunjuknya terpaksa dipotong.


Jurucakap HA berkata, sebelum dimasukkan ke dewan bedah, wanita terbabit terpaksa memberi kata putus dengan membuat hanya satu daripada dua pilihan itu dan dia mengambil keputusan memotong semua jarinya yang terkulai itu. “Mangsa perlu membuat pilihan itu kerana ubat digunakan untuk menyambung semula jarinya terlalu kuat dan dikhuatiri mengancam nyawanya sendiri dan bayi dalam kandungan mungkin gugur.


“Bagaimanapun, ketika proses pembedahan, doktor pakar cuba menyambung kembali jarinya dan akhirnya tiga daripada jari wanita itu berjaya disambung semula, namun jari telunjuk terpaksa dipotong,” katanya.


Mangsa kini masih dalam pemantauan rapi kerana dikhuatiri berlaku jangkitan kuman, selain memastikan tiga jari berkenaan dapat kembali bergerak seperti asal.


Mangsa serta bayi dalam kandungannya kini dalam keadaan stabil dan dijangka dibenarkan pulang seminggu lagi jika keadaan kesihatan bertambah baik.


Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita yang mengandung lima bulan menjadi mangsa kekejaman suami sendiri apabila ditetak pisau pemotong daging menyebabkan empat jari tangan kirinya terkulai.


Kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu dikatakan berpunca daripada suami mangsa yang berang apabila isterinya pulang lewat walaupun disebabkan keretanya dipecah pencuri.


Berang isterinya yang bekerja di sebuah bank di Jalan Ipoh di sini, pulang lewat, lelaki terbabit tanpa menyerang wanita itu menggunakan pisau pemotong daging.


Bagaimanapun, lelaki itu yang menjual pakaian terpakai di Pasar Chow Kit di sini, akhirnya menyerah diri di Balai Polis Ampang. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.- myMetro

Thursday, 4 February 2010

MERAUNG ISTERI DIJERUT


GOMBAK: Hanya raungan pilu mampu menggambarkan kesedihan hati seorang suami sebaik mengetahui isteri tercinta mati dibunuh dalam keadaan leher mangsa dijerut sekuat hati oleh perompak menggunakan langsir.


Difahamkan penjenayah yang berniat untuk merompak mangsa tergamak membunuh wanita itu menggunakan kain langsir rumah selepas mangsa diikat perompak berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi semalam.


Kematian mangsa, Sulastari, 50, hanya disedari selepas mayatnya ditemui suaminya yang baru pulang dari bekerja sebagai buruh di Pasar Borong Selayang di sini. - myMetro


Ketika ditemui, mayat mangsa tertiarap dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat di rumah sewanya di Kampung Selayang Indah di sini.


Ia menyebabkan suami mangsa dikenali sebagai Saibun, 41, hampir histeria akibat tidak percaya dengan apa yang berlaku.


Susulan itu, sepasukan anggota polis dan forensik Selangor dipanggil ke tempat kejadian untuk menyiasat motif pembunuhan sebelum mangsa dipercayai dibunuh dengan dijerut lehernya dengan tali hingga putus nafas.


Suasana pilu mula menyelubungi tempat kejadian, apabila suami mangsa tidak henti-henti menangis dan meratap hiba sambil cuba ditenangkan jirannya.


Bagaimanapun, mayat mangsa yang cuba dipindahkan ke atas pacuan empat roda polis bagi dihantar ke Hospital Selayang sekali lagi mencetuskan suasana sedih apabila suami mangsa meraung berulang kali berkata ‘isteri saya orang baik-baik...kenapa dia dibunuh’.


Keadaan menjadi tambah sayu apabila suami mangsa yang cuba mendekati mayat isterinya yang bertutup plastik hitam terbabit hampir rebah tidak sedarkan diri akibat tidak dapat menahan kesedihan.


Ketika dihampiri suami mangsa hanya merintih dan merayu supaya polis mencari serta memberkas penjenayah yang membunuh isterinya itu secepat mungkin.


Sementara itu, beberapa jiran berhampiran mendakwa langsung tidak menyedari bunyi jeritan atau pergaduhan dari rumah mangsa terbabit.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang juga wanita warga Indonesia ditemui suaminya dalam keadaan tertiarap dengan kaki dan tangannya diikat dengan langsir.


Menurutnya, pembunuh turut melilit kain selimut pada leher mangsa yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa.


“Berdasarkan siasatan, Saibun yang bekerja sebagai buruh di sebuah pasar borong menemui mayat isterinya itu pada kira-kira jam 8 pagi selepas pulang bekerja.


“Ketika ditemui mayat isterinya tertiarap dalam bilik tidur. Dia segera menghubungi polis sebelum mangsa disahkan sudah tidak bernyawa,” katanya.


Abdul Rahim berkata berdasarkan siasatan, penjenayah menceroboh masuk rumah mangsa melalui pintu sebelum merompak serta membunuh mangsa yang ketika itu bersendirian dalam rumah.


“Keadaan bilik tidur rumah terbabit didapati berselerak dan polis percaya kejadian itu bermotifkan samun berikutan barang kemas milik mangsa turut didapati hilang,” katanya.


Menurutnya, siasatan masih dijalankan termasuk nilai kerugian dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis serta kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014