Thursday, 4 February 2010
MERAUNG ISTERI DIJERUT
GOMBAK: Hanya raungan pilu mampu menggambarkan kesedihan hati seorang suami sebaik mengetahui isteri tercinta mati dibunuh dalam keadaan leher mangsa dijerut sekuat hati oleh perompak menggunakan langsir.
Difahamkan penjenayah yang berniat untuk merompak mangsa tergamak membunuh wanita itu menggunakan kain langsir rumah selepas mangsa diikat perompak berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi semalam.
Kematian mangsa, Sulastari, 50, hanya disedari selepas mayatnya ditemui suaminya yang baru pulang dari bekerja sebagai buruh di Pasar Borong Selayang di sini. - myMetro
Ketika ditemui, mayat mangsa tertiarap dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat di rumah sewanya di Kampung Selayang Indah di sini.
Ia menyebabkan suami mangsa dikenali sebagai Saibun, 41, hampir histeria akibat tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Susulan itu, sepasukan anggota polis dan forensik Selangor dipanggil ke tempat kejadian untuk menyiasat motif pembunuhan sebelum mangsa dipercayai dibunuh dengan dijerut lehernya dengan tali hingga putus nafas.
Suasana pilu mula menyelubungi tempat kejadian, apabila suami mangsa tidak henti-henti menangis dan meratap hiba sambil cuba ditenangkan jirannya.
Bagaimanapun, mayat mangsa yang cuba dipindahkan ke atas pacuan empat roda polis bagi dihantar ke Hospital Selayang sekali lagi mencetuskan suasana sedih apabila suami mangsa meraung berulang kali berkata ‘isteri saya orang baik-baik...kenapa dia dibunuh’.
Keadaan menjadi tambah sayu apabila suami mangsa yang cuba mendekati mayat isterinya yang bertutup plastik hitam terbabit hampir rebah tidak sedarkan diri akibat tidak dapat menahan kesedihan.
Ketika dihampiri suami mangsa hanya merintih dan merayu supaya polis mencari serta memberkas penjenayah yang membunuh isterinya itu secepat mungkin.
Sementara itu, beberapa jiran berhampiran mendakwa langsung tidak menyedari bunyi jeritan atau pergaduhan dari rumah mangsa terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang juga wanita warga Indonesia ditemui suaminya dalam keadaan tertiarap dengan kaki dan tangannya diikat dengan langsir.
Menurutnya, pembunuh turut melilit kain selimut pada leher mangsa yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa.
“Berdasarkan siasatan, Saibun yang bekerja sebagai buruh di sebuah pasar borong menemui mayat isterinya itu pada kira-kira jam 8 pagi selepas pulang bekerja.
“Ketika ditemui mayat isterinya tertiarap dalam bilik tidur. Dia segera menghubungi polis sebelum mangsa disahkan sudah tidak bernyawa,” katanya.
Abdul Rahim berkata berdasarkan siasatan, penjenayah menceroboh masuk rumah mangsa melalui pintu sebelum merompak serta membunuh mangsa yang ketika itu bersendirian dalam rumah.
“Keadaan bilik tidur rumah terbabit didapati berselerak dan polis percaya kejadian itu bermotifkan samun berikutan barang kemas milik mangsa turut didapati hilang,” katanya.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan termasuk nilai kerugian dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis serta kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bila tgk buletin utama malam tadi betul2 sebak!
ReplyDeletesuami dia betul2 terperanjat dan trauma
pencuri yg secara tak lgsg mnjdi pembunuh!
ReplyDeletehuh!
kejamnye penyamun tu. Sedih baca barita ni... =(
ReplyDeleteYA ALLAH ape nk jd zaman skunk ni... minta simpang malaikat 44... :(
ReplyDeleteya Allah..
ReplyDeletesedihnya..
xdpt nak bayangkan cmna rupa org yg sanggup wat mak cik tu camtu..
cmna la cara dia berfikir??
kejam sungguh!
ReplyDeletekesian ye..
ReplyDeletemacam2 dunia sekarang...
Ya Allah dijauhkan la dr perkara2 camni...
ReplyDeletetetiba teringat anak kat umah..moga dijauhkanla dari perkara kena samun atau org pecah masuk umah camni
ReplyDeletesenaNg sgt kes2 nk buNuh org sKg nih..
ReplyDeletepoLis cam xbertindak jek...
tah lar..
mcm2 kejadian skrg nie kan..minta2 dijauhi dr semua nie..
ReplyDeletekasihan...
ReplyDeletetakut la zaman sekarang..
ya allah sedihnya!
ReplyDeleteeli x tgk la pulak buletin utama td.ada ek? isk ni yg cuak ni..dh la hubby outstation ke indon..aduiii takut laaa...
sedih tgk suami dier meraung nangis gitu...minta la dijauhkan....
ReplyDeleteperompak harus dihukum bunuh...
KEjam kan manusia sekarag.. peri kemanusiaan x der langsung dah.. yg tinggal hanya pentingkan diri sendiri..
ReplyDelete