Saturday 13 February 2010

PONTIANAK ZAMAN SEKARANG SUKA BERGAMBAR LUCAH DAN HISAP DADAH

Wa..wa..wa... Pontianak sekarang semakin maju! Opsss...bukan mak pontianak tapi anak pontianak! Ahakzz!! Hak..tuii! Eekeke!!! Dulu pontianak hisap darah, skarang alaf baru. Mane leh nak hisap darah lagi! Hisap dadah lagi mari!! Lagi ramai wartawan amik gambo, prapp!! prapp!!


Bagus! Memula bergambar lucah ah uh ah uh! Lidah terjelir sana-sini, pastu gaduh pulak kat pub, wa..gaduh berebut laki yang tak tahan tuh. Mesti ada yang terbaru! Hisap dadah pulakkkk!!!! Clap...clap...clap!!!! Ko lah pompuan bengong alaf ini...opsss....pompuan ke pontianak??? Ntah2 golongan pontianak pon malu nak ngaku ko kerabat, keparat ko! Ahakzzz!:p



SEPANG: Artis wanita yang pernah menggemparkan industri hiburan dengan kemunculan beberapa keping gambar lucah, kembali mengundang kontroversi apabila mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam sekatan jalan raya di jalan keluar dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, malam tadi.


Pelakon berusia 24 tahun yang membintangi drama seram bersiri popular Anak Pontianak itu ditahan bersama rakannya selepas mengaku mengambil ketamin, manakala rakannya mengaku mengambil syabu.


Kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 9 malam ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan.

Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin, berkata ketika ditahan untuk ujian saringan secara rambang, artis terbabit bersama rakannya enggan menjalani ujian air kencing apabila diarah berbuat demikian.“Pelakon berkenaan bagaimanapun mengaku secara lisan mengambil ketamin, manakala rakan perempuannya mengambil syabu.


“Kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan dibawa ke pejabat AADK di Sepang untuk ujian air kencing serta siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan di sini, malam tadi.

Jika didapati positif mengambil dadah, mereka boleh diperintahkan oleh mahkamah menjalani pemulihan di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) selama dua tahun.


Nani berkata, pelakon berkenaan antara tujuh individu yang ditahan selepas didapati mengambil dadah sepanjang Ops Perayaan Tahun Baru Cina yang diadakan sejak jam 8 hingga 11 malam tadi.


Operasi yang disertai 27 pegawai AADK Selangor dan 20 penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, bertujuan mengesan pemandu, terutama dari sektor pengangkutan awam, yang mengambil dadah.


Menurutnya, sebanyak 86 pemeriksaan air kencing dilakukan dan daripada jumlah itu, lima didapati positif syabu dan dua positif ketamin.


Selain itu, AADK memeriksa seorang artis Akademi Fantasia 7, Aril Pilus, dalam operasi itu tetapi dilepaskan selepas ujian air kencingnya didapati negatif. - myMetro

18 comments:

  1. minah tu...takde sumbangan apa pun dlm dunia seni...hanya bikin kontroversi murahan je...meluatnya...

    ReplyDelete
  2. pontianak pun nak maju jg....seiring dengan remaja masa kini..ahahaha...ntah ape2 je prmpuan ni...

    ReplyDelete
  3. naper picture atas tuh ada kotak itam segiempat? peliknye. :p

    ReplyDelete
  4. apa nama pelakon murahan ni?:P

    ReplyDelete
  5. baru je terjun bidang entertainment dah macam-macam, bukan?

    haih...

    :((

    ReplyDelete
  6. waaa.. nasib baik aril lepas.. =)

    ReplyDelete
  7. kite takleyh cakap ape2 pun pasal artis social nih...mmg perangai die social..pastu masuk plak industri hiburan nih...mmg kene kejar wartwan jewk la..dowang ni takleyh pikir ke..adoi~

    ReplyDelete
  8. pontianak semakin hebat.

    pas neh tak yah takut nampak pontianak dah.

    huhuh

    ReplyDelete
  9. baju anak pontianak ni mcm swimmng suit versi jepun hehehehe

    ReplyDelete
  10. harapkan muka je lawa perangai HAMPEH,HAMPAS,HAMPAGAS segala la kuikuikui..

    Wat malu kaum jek dia tuh.. =(

    ReplyDelete
  11. memang kecohla kontrovesi la die tu..
    huhu~

    ReplyDelete
  12. pelakon ni mmg tak sedar diri..dah lah tak glamer tak cantik pulak tp tak sedar diri betullah..meluat tgok..

    ReplyDelete
  13. Sebab tu artis ajak kapel ngan aku , aku reject

    ReplyDelete
  14. Asyik buat hal jeee....perangai pun dah macam antu

    ReplyDelete
  15. mcm2 hal dgn org glemer nih..

    tp jga2 eida..jgn slalu dok post entri pasal arties kng tak pasai2 kena saman.. mana tau derang takda dit..cari dit kot tu plak.hehe

    baca kat paper udah ler.. biar paper kena saman..

    ReplyDelete
  16. ape nak jadik la kan....wat malu kuarga jer...umur baru 24 tahun dah pandai amik dadah...merosakkan bangsa & diri sendiri

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014