Monday, 15 February 2010

TIKAM MENIKAM PERMAINAN BIASA


Masa aku praktikal dulu, manager aku berbangsa cina. Amoi...tip top, cun tapi kompom tak basuh berak. Yang buat aku ingat kat dia sebab dia ada cakap kat aku camni, " u arr...nanti kerja, kena banyak hati-hati. Kawan boleh tikam belakang woo.." Grr...aku tak paham nape ko nak cakap camtu, angguk, ok.


Skang dah 3 tahun aku keje kat opis skang. Aku paham apa yang cina tu cakap dulu. Memang tak kena pada diri aku tapi kena pada officemate yang lain. Kecian...tikam menikam adalah permainan. Dah jadi pembunuh bersiri mingguan. Yang lemah mula menangis, dan mula mencari aku yang lagaknya ala cikgu kaunseling, "Sabar...Oh yeke!....Kuatkan semangat...bla..bla..bla.." miaahahah!! dah itu je aku leh cakap, takkan nak mengapi-apikan lagi!


Kadang memang geram!!! Grrr :( Sebab yang menikam ni pandai putar alam, kadang keje sendiri dilepaskan pada orang lain. Site meeting takmo pegi, bila drawing sampai bagi orang lain suh kira, aishhhit! Kat opis aku ni ada 2 orang yang putar alam, sekor jantan sekor lagi betina, wa..wa..wa..kena sangat lah tuh! Dah la dua-dua bujang, molek benar kalau nikahkan! Boleh lah korang berputar alam kat umah tangga korang, ahahaha!!!


Kami semua hanya menunggu masa. Nantikan perdebatan siri pertama.
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014