Wednesday, 17 February 2010

KERANA NAFSU MANUSIA HILANG PERTIMBANGAN

Beza antara manusia dan haiwan adalah akal tapi bila manusia lupa akan akal, nafsu mula menguasai, hinanya manusia itu lebih dari binatang! Tadi tengok kat berita TV3, pasal mengandung haram. Mereka menceritakan kisah mereka, bagaimana boleh terjebak dengan sebegini. Sedih, marah, malu...semua ada...


Seorang daripadanya mengatakan bahawa teman lelakinya suruh gugurkan saja kandungan itu! Cisss!!! Durjana kau jantan! Inikah yang nak dibuat suami?!?! Sayangnya...mengapalah nak membunuh pada yang tak bersalah! Tidak berdosa! Kau tu yang patut mampus!! 3 tahun lepas aku ada dapat email mengenai proses abortion (pengguguran). Tak sanggup nak lihat...


Berikut adalah gambaran mengenai proses abortion (pengguguran) :


Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan), dimana usia janin masih sangat kecil, pengguguran dilakukan dengan cara menggunakan alat penghisap (suction). Janin yang masih kecil dan lembut dihisap dan hancur berantakan. Saat dikeluarkan dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh.



Pada kehamilan lebih lanjut (1 hingga 3 bulan). Pada tahap ini bahagian tubuhnya mula terbentuk. Pengguguran dilakukan dengan cara menusuk anak tersebut kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk pengguguran (cunam abortus). Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara menusuk bahagian yang boleh tercapai. Boleh dicapai, pinggang, bahu atau leher. Kemudian setelah ditusuk, dihancurkan bahagian-bahagian tubuhnya. Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian kecil-kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.


Dalam klinik pengguguran, biasa dilihat potongan-potongan janin yang dihancurkan
ini. Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil. Anak tak berdosa yang masih sedemikian kecil telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.


Pengguguran pada kehamilan lanjutan (3 hingga 6 bulan). Pada tahap ini, bayi sudah semakin membesar dan bahagian tubuhnya sudah terlihat jelas. Jantungnya sudah berdetak, tangannya sudah bisa menggenggam.Tubuhnya sudah bisa merasakan sakit, kerana jaringan syarafnya sudah terbentuk dengan baik.


Pengguguran dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan. Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang langsung dimasukkan kedalam ketuban bayi. Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sampai satu hari bayi itu akhirnya meninggal. Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak,mencuba berteriak dan jantungnya berdetak keras. Pengguguran bukan saja merupakan pembunuhan, tetapi pembunuhan secara amat keji. Setiap wanita harus sadar mengenai hal ini.

Pengguguran pada kehamilan besar (6 sampai 9 bulan). Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan,termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik. Untuk seperti ini, proses pengguguran dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh. Cara membunuhnya, biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah. Sehingga tangisannya berhenti, selesai. Selepas hanya saja darah bayi itu yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam aborsi ini bahawa pembunuhan keji telah terjadi.


Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para wanita calon ibu haram yang melakukan aborsi. Mereka merasa bahawa aborsi itu cepat dan tidak sakit,mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh obat bius. Mereka boleh segera pulang tidak lama setelah aborsi dilakukan.


Benar, bagi wanita, proses aborsi cepat dan tidak sakit.. Tapi bagi bayi, itu adalah proses yang sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan. Kematian bayi yang tidak berdosa itu tidak disaksikan oleh ibu. Seorang wanita yang kelak menjadi ibu yang seharusnya memeluk dan menggendong bayinya, telah menjadi algojo bagi anaknya sendiri.


23 comments:

  1. sy sgt3 benci kpd mereke2 yg sanggup wat bende cmtu. buat anak jer tahu.. huh..

    ReplyDelete
  2. Pelik dengan manusia zaman sekrang..
    dah menangdung penat.. pastu buang.

    bagus entry ni.. peringatan kita bersama

    ReplyDelete
  3. sekarang ni banyak kes buang bayi kan.....langsung tak de hati perut la diorang ni...tak kesian ke kat anak sendiri....tak tau dosa & pahala...tau seronok jer...kiter marah tol biler tengok berita2 camni kat paper & berita.....yang dera anak pun sama...sanggup rogol liwat anak sendiri pastu bunuh plak...ape la dosa anak2 ni kan...

    ReplyDelete
  4. pergh.....sangat2 kejam!kecian kat baby 2.......xleh tengok dan bayangkan....

    ReplyDelete
  5. ya allah...
    tersayat hati tgk gmbr2 ni..
    tak sgup btol nk tgk...
    sanggup kan dorg ni....
    xfikir pjg btol...
    allah....

    ReplyDelete
  6. masyaallah.... dunia dah semakin hampir dgn kiamat... celaka lah sapa yang buat ecenggini....anyway salam kenal

    ReplyDelete
  7. memang mcm tu ke penguguran? ish! kejam! dah pandai buat pandailah simpan.. beza manusia dengan haiwan adalah akal, tapi haiwan takde akal pon sayang anak.. kucing sekali beranak ramai pon jaga sume anak dia.. manusia? hurm..

    ngeri tgk yg penggugran letak ubat dalam air ketuban n nanti terbakar.. cuba pmpn tu yang diperlakukan cmtu..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, aku sangat dambakan seorg cahaya mata, tetapi manusia lain sanggup melakukan perkara keji ini..apa salah anak2 ini?

    ReplyDelete
  9. uwaaaa...~~~TERtengok juga intan gamba2 yg mcm nih..baru nak elak..tp dah terscroll bawah...redah jelah

    ReplyDelete
  10. memang teruk sangat kan.. tak ada pertimbangan... akal tak boleh berfungsi....

    Workplace Romance????

    Datang Kerja Kul 10 Pagi????

    ReplyDelete
  11. Very informative la k'ieda!
    harap2 entri ni xdisalahgunakan..
    takot ada yg nk try,...
    huhu...

    ReplyDelete
  12. bodoh..org xde anak sgt mengharap nk anak..org yg dh dpt anak..suka2 nk bunuh..binatang lg mulia dr mereka ni

    ReplyDelete
  13. takut nak tgk pic2 tue..mmg KEJAM orang2 yang snggup buat pengguguran ni..bukan Binatang lagi dah, binatang pun tau sayangkan anak! ni taktau nk letak spesis apa sebenarnya! huh!

    ReplyDelete
  14. astaghfirullahalazim..mintak di jauhkan dr anak2 dan keturunan kite.. sedih tul dgr berita ttg buang n bunuh ank ni..

    ReplyDelete
  15. tak larat mo tengok..

    kejam sungguh.

    ReplyDelete
  16. subhanallah...
    ni bukan amalan insani..
    ni amalan syaitan ni..
    tak takut Allah ke dorg ni..
    nauzubillah...

    ReplyDelete
  17. ngerinyer.. & sgt2 kejam gb perempuan yg sanggup membunuh zuriat sendri..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014