Thursday, 11 February 2010

BLOG BAGAIMANA PILIHAN ANDA?

Aku suka membaca. Baca blog orang. Best woo....setiap blog yang aku lepak (minum kopi sambil makan goreng pisang) ada kelebihan tersendiri. Suka baca cerita lawak, hal dunia, dunia bogging, personal, jual itu ini utk abis kan duit aku. Biasernyer aku akan follow blog tuh, ada yang aku bookmark je, biasa blog yang aku bookmark blog yang jual menjual. Aku tak gemar blog resipe dan memasak. Eheheh!! Kalo terbukak pon cepat-cepat aku tutup, eheheh!! pemalas punya pompuan! ;p Meh tengok aku suka terjah blog yang camne :)



BLOG MAK-MAK ORANG - Masa aku start berblogging mulanya aku ramai member blogger yang hot mummy gitew. Seronok berkawan dengan mereka ni, sebab aku pon seorang mamak eh, mama juga. Boleh banyak tukar pendapat, almaklum aku baru nak ada baby time tuh, banyak benda yang aku tak tau. Diorang ni rajin buat perjumpaan, saja kenal-kenal dalam blog, apa salah plak jumpe kan, tukar-tukar hadiah. Mom Bloggers Planet la kira club diorang la. Aku pon de join tapi tak aktif pon..



BLOG LAWAK/LUCU - Ni memang peberet gua ok! Cis..tetiba pas cakap gua plak, tadi mak-mak, kena cakap bebaik skit, ahaha!! Ni kalo blog macam ni memang aku suka lepak lelama, kalo gelak sensorang nanti laki aku tanya, "awak buat pe tu?" Ahahah!! Tak kisah lawak camne pon, aku layan, lagi suka kalau lawak tu aku tak pernah baca sblum nih :)



BLOG PERSONAL - Suka baca kisah hidup orang lain TAPI bergantung pada cara penulisan blogger tersebut. Biasanyer yang leh buat urat kentut aku terputus tu yang jadi pilihan. Sangat hebat blogger citer pasal personal dan ada elemen-elemen kelakar, memang bestt!! :) Biasanya yang muda mudi, student, seronok tengok life dorang :)



BLOG OTAI-OTAI - Di blog camni slalunya diorang akan berkongsi mengenai dunia blogger, berkongsi maklumat, membantu para blogger yang baru nak naik cam aku ni. Suka sangat Thanxx!!!



BLOG TUTORIAL - Kat blog camni slalunya banyak membantu kenkonon nak tambah apa-apa element. Banyak ajar tips & trick.



Kalau bab blog politik, aku suka nak tau dan baca. Amik la tau jugak...jgn nak baca benda yang santai je. Tapi politik ni terpulang pada masing-masing sebab setiap orang ada pandangan masing-masing. Blog yang nak emo-emo boleh...tapi kalo setiap entry nak emo bosan lah! Kalo bab blog artis pulak, aku akan baca kalo tajuk dia menarik perhatian aku. Artis tu suma sama jer, balik-balik citer yang sama jer.



psstt..setiap blog kamu, kamu dan kamu ada bestnyer yang tersendiri. Thats y aku folow :) Selamat berblogging, ehehe!!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014