KUALA TERENGGANU: “Saya mencintainya sepenuh hati sebagaimana saya mencintai seorang lelaki dan dalam hati ini hanya ada dia. Saya tak sanggup berpisah dalam masa terdekat ini,” akui Trisya (bukan nama sebenar), 20, yang sudah lebih setahun menjalin hubungan cinta terlarang dengan seorang pengkid.
Sebelum ini, Trisya pernah beberapa kali dikecewakan dan dia mula muak dengan perangai lelaki buat masa ini kerana menganggap lelaki bercinta hanya untuk memuaskan nafsu dan mahukan duit semata-mata.
Justeru, dia mengambil keputusan bercinta dengan kaum sejenis yang dianggap lebih memahaminya selain mempunyai naluri sama.
“Saya mengenali Im melalui seorang kawan sekadar untuk ‘suka-suka’, namun lama-kelamaan perasaan sayang terhadapnya semakin mendalam ditambah pula dengan rasa cinta yang menebal,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.
Menurutnya, kali terakhir dia bercinta dengan lelaki tiga tahun lalu ketika dia baru menamatkan zaman persekolahan dan sepanjang percintaannya bersama bekas teman lelakinya itu dia tidak pernah bahagia seperti sekarang.
Katanya, bekas teman lelakinya itu seorang yang tidak pernah mengambil berat terhadapnya dan sering memaksanya melakukan hubungan seks selain meminta duit perbelanjaan harian.
Namun, akibat tidak tahan ujian berkenaan, Trisya akhirnya mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka dan berpisah walaupun hatinya masih mencintai lelaki berkenaan.
“Kehadiran Im dalam hidup saya pada Oktober 2008 benar-benar membawa bahagia kepada saya kerana dia lebih memahami, apatah lagi hati saya ketika itu remuk selepas dikecewakan insan bernama lelaki.
“Selepas beberapa minggu mengenali Im melalui seorang kawan, saya dapat rasakan hati kami mula serasi sehinggalah mengambil keputusan untuk berhubung lebih mesra dan tinggal serumah sebelum terdetik perasaan cinta,” katanya.
Menurut gadis itu, sejak dia bercinta dengan Im hidupnya sangat bahagia walaupun tahu ia salah dan berdosa besar di sisi agama, namun katanya pengkid itu melayannya tidak ubah seperti seorang isteri.
“Dia faham apa yang saya mahukan dan saya juga begitu. Saya akui kami memang ada membuat hubungan seks seperti pasangan lain, namun dia juga tidak pernah memaksa saya untuk melakukan jika saya penat atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan, itulah yang membuatkan saya bertambah sayang pada Im,” katanya.
Menurutnya, dia kini bimbang jika keluarganya mengetahui rahsia itu kerana keluarga kedua-dua belah pihak langsung tidak tahu mengenai hubungan mereka yang hanya diketahui sekadar rakan rapat.
Menurutnya, dia sedar realiti kehidupan dilaluinya sekarang salah tetapi memerlukan masa untuk berubah.
Katanya, dia dan Im akan berubah pada satu masa nanti tetapi bukan sekarang kerana buat masa ini mereka masih memerlukan dan akan menyimpan rahsia ini daripada terbongkar terutama kepada keluarga.
Kata Trisya, dia juga sudah banyak berubah sejak mengenali Im. Jika dulu dia tidak bekerja dan sering berfoya-foya, tetapi kini dia dan Im sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan kecil-kecilan, manakala pada waktu lapang dia lebih selesa berada di rumah ‘bermesra’ dengan pengkid berkenaan.
“Walaupun Im menjadi pengkid sejak zaman kanak-kanak lagi tetapi dia tidak seperti pengkid yang saya kenal sebelum ini yang mengambil minuman keras, dadah serta banyak menghabiskan masa dengan perkara tidak berfaedah. Im sekadar menghisap rokok dan ketika saya mengenalinya dulu, dia seorang ahli sukan,” katanya. - myMetro
______________________________________________________________
Ee...geli aku...
“Dia faham apa yang saya mahukan dan saya juga begitu. Saya akui kami memang ada membuat hubungan seks seperti pasangan lain, namun dia juga tidak pernah memaksa saya untuk melakukan jika saya penat atau ada masalah yang tidak dapat dielakkan, itulah yang membuatkan saya bertambah sayang pada Im,” katanya." <----alahai...boleh pulak macam tu...adoiyaiiii...dunia...dunia..
adoii apa nk jadi la umat akhir zaman ni...elak dari kena bala jer..kalau turun bala, semua kena..
ReplyDeleteadoii apa nk jadi la umat akhir zaman ni...elak dari kena bala jer..kalau turun bala, semua kena..
ReplyDeleteish,,, teruk sgt la tu... baik tobat cepat...
ReplyDeletepara - tu la jadi sunami, tanah runtuh sume tu...
ReplyDelete10 - tau tak pe..
ReplyDeleteisk2... ader jgk manusie yg gini ruper.. agme dibelakangkn demi keseronokkan.. isk2
ReplyDeletedonia dah terbalek..
ReplyDeleteisyy, tak paham aku...apa la nak jd...dah kurang ke kumbang2 kat dunia ni...
ReplyDeletekubur kater mari, rumah kater pergi.
ReplyDeletetu tanda-tanda nak kiamat la tu
ReplyDeletegeli gila.
ReplyDeleteKenapa lah sampai macam tu .. dah jauh menyimpang dah tu.. blh pulak ckp..org tu melayannya seperti isteri.. haishhhhh.... hakikatnya dia tetap pompuan.. Nauzubillah..
ReplyDeleteMoga di bukakab Pintu hati nya segera untk bertaubat..
adoyai...mmg la pengkid tuh paham.sebb die pown alami masalah yg sama gak.dah mmg hakikat die pown pmpuan jugak..bukan ley ubah pown.ahaks
ReplyDeleteuisshkk..dunia sekrg makin teruk!!!...padahal dah ada tauladan drp kisah2 dulu..kisah kaum nabi luth, kisah kaum pompei..huhuu..masih tak serik2..
ReplyDeletep/s: itu le namanya bisikan dan godaan syaitan...rite???
dunia2x macam2x ada
ReplyDeleteIskkkk...
ReplyDeleteTanda akhir zaman...
Menakutkan!
Mintak simpang jauh2
sangat tak boleh terima okei!
ReplyDelete