Friday, 26 March 2010

KAMU DAH ADA BOYFRIEND KE IEDA?

"Kamu dah ada boyfriend ke Ieda?" tanya papa aku

Slurrrppppppppp....aku tercekik air liur jap

"Takde..." kata aku

"Heehhee!! Kalau ada bagi la tau papa, boleh kita kongsi cerita & pendapat," kata papa lagi

-------------------------------------------

Itu dialog 13 tahun yang lepas, hahahah!! Waktu tu aku baru naik form 1, balik dari kokurikolum (koko crunch) sekolah, dalam kereta papa amik aku. La...betoi takde boifren sebab aku sekolah semua perempuan, miahahaa!!!


Time form 1, tak yah korang pecah kepala pikir mana 1 aku,sebab aku takde dalam gambo, hahaha!!!



Ye...papa dan ummi aku sporting, kami boleh share story. Aku dulu time sekolah, nak kemana pon mesti bagi tau ummi & papa, sebab papa dah pesan, apa2 saja kongsi...bagi tau mereka..



Kalau nak cerita pasal bab boyfren, aku kategori lewat bercinta, hahaha!! Ingat lagi, adik aku ada boyfren dulu, pepagi budak laki dah telephone..adik aku tgh tdo, boleh terjaga bedesupp dengar telepon berbunyi, dasat betul! Siap betul2 suara lagi, ehem...ehem..ntah hape-hape betul, pastu suara itik serati jugak yang keluar, hahhaha!! Ek eleh...kata aku <---jeles le tu ;p


Ni pic masa form 4, aku masuk sekolah teknik :) Teka-teka yang mana satu aku, takde hadiah pon sebab aku kedekut, miahahaa!! :)



*Maaf entry pendek + tergantung, cam terasa nak terkencet pulak, miahahaha!!
* Rindu kat adik aku, harap selamat tiba di KLIA 21 April ni, :)



Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014