Thursday, 18 March 2010

KELIWON BERTWIST DALAM KERETA

Semalam aku bz giler kat opis, mula-mula macam tak percaya je banyak keje, lama-lama aku terima gak hakikat, ;p Semalam aku sempat buat satu entry je, disebabkan terlalu bz, perangai aku mula bertukar pelik-pelik, belum jadi hijau oren kuning pon...jangan riso semua...cewah! hahahah!!


Ok2, aku takmo mukadimah panjang sangat, kang jadi macam entry yang sebelum ni, hahahha!! Jangan mara arr.. ;p Ni, kan aku balik kampung jumaat lepas, ada kenduri skit. Pastu ahad tu aku bertolak balik ke Ipoh, hari kan panas, jajan pulak takde dalam kereta. Pastu sampai Bukit Bunga, laki aku berenti nak beli jajan. Ok, aku duk dalam kereta je, malas! <---giler siap tanda seru, memang pemalas! Laki aku amik jajan, pastu aku tengok dia amik air dalam peti, wah!! Laki aku amik twister oren! Suka-suka-suka!! :) Aku yang kengkonon dahaga ni, tak sabo-sabo la nak minum. Laki aku masuk kereta.

Aku : Beli ape?

Sham : Jajan skit, tolong bukak kan kacang tu.


Ok, aku bukak kan. Baik kan aku, isteri solehah, hahahhaha!! Tetiba puji ;p

Aku : Beli air ape bang?
Sham : Mineral ngan oren, tolong bukak kan abang air mineral tu.


Dah siap bagi semua yang laki aku nak, tetiba aku teringat kan air oren tu, dari tadi aku tak pegang pon, Aku selongkar dalam plastik, tetiba....


Aku : La...ingatkan twister oren! Ni tiruan ni bang...
Sham : Mane de tiruan...
Aku : Ye..tengok, made in thailand lagi tu! Meh nak bukak rasa...Ee...manis letin!!!! ;(
Sham : Mane abg tau...cam twister, amik je la, tak perasan pon, hahahhah!!!


Hawaii lagi, tak tahan...huhuhuh!!


Tetiba je rasa nak jadi keliwon time tu, ingatkan twister oren.....rupanya oren thailand! Keliwon bertwist dalam kereta ;p
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014