Wednesday, 24 March 2010

BILA POCONG MELOMPAT- LOMPAT BELAKANG AKU

Ada seram tajuk entry?? Tak seram langsung! Bagus...clap!! clap!!! Sebab kamu tak kene, yang kene, aku. Betoi ke? Hahahaha!!!


Ni cerita 2 malam lepas. Laki aku kerja malam. Anak aku pukul 9.30mlm dah tidur. Aku sensorang dalam bilik tengah melayari blog-blog korang semua. Tak semena-mena....eh jap, ada ke perkataan semena-mena? Ada kot, tapi jarang je guna, hehehe!! Pastukan aku dengar cam benda lompat-lompat, dari dapur, Sumpah!! Aku tak bohong! Dari dapur, bunyi tu makin kuat melompat-lompat melintasi bilik tengah yang tengah aku duduk tu. Aku mula tak sedap hati. Anak aku kat bilik depan. Pastu bunyi lompat-lompat terus berbunyi ke ruang tamu, pastu senyap.


Lepas je senyap, nak tak nak, aku kuar cecepat dari bilik tengah. Dalam hati...Ya Allah...kalau betul-betul terserempak dengan benda tu, kompom aku pengsan! Tapi tak leh, aku kene kuat jugak sebab kalo pengsan kang cian anak aku nak susu tengah malam. Aku pandang kiri, arah dapur. Takde apa-apa.


Pastu aku berjalan ke ruang tamu, tak de apa-apa jugak. Fuhh...lega..alhamdulillah...Pada aku mujur yang lompat-lompat tu tak muncul depan aku, mungkin dia lalu je, lega...Aku takmo pikir bukan-bukan lagi, so aku terus merewang-rewang jadi pocong kat blog korang pulak, ehehehe!!! :)


p/s: aku pikir mungkin katak yang melompat-lompat, heheheh!! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014