Tuesday, 9 March 2010

KENAPA BLOG ITU FEMES?


Kenapa blog itu femes? Mengapa follower nya sampai beribu-ibu (bukan ibu-ibu ye ) Mungkin itu menjadi persoalan pada sesetengah orang. Hey! Jangan cemburu dan busuk hati ok! Kamu kena tau mengapa blog mereka best dan kamu kena berusaha ke arah itu jika mahu menjadi seperti mereka tapi jangan lah berblog sampai memaksa diri, nanti jadi tak best, serius! Eh, nape aku serius ke? Tak lah! hahahah!!


  • Penulisan yang menarik
Aku suka membaca benda-benda yang santai, kelakar dan menarik. Macam blog cik epal, aku suka ngan cerita-cerita dia, best! Kelakar! Kadang-kadang aku gelak sensorang depan pc nih, miahahaha!! Tengok..tengok...aku sengih sensorang teringat kan blog cik epal, heheheh!! :)


  • Mereka ini tidak sombong!
Ye! Betul! Aku respek cik aina, g usha blog dia. Best macam blog cik epal jugak. Dan cik aina tak sombong, walaupon dia femes dia rajin menegur sapa sesama blogger, i like u babe! miaahahha!! Weh aina, anto kad kawin ko kat akak nanti ek :)


  • Friendly
Blog yang friendly ni macam blog Uncle. Yeahh!! Memang uncle friendly, rasanya baru je aku kenal uncle beberapa hari tapi rasa cam dah lama je sebab dia friendly! Memang best! Penulisan uncle pon best, kelakar, hehhee!! Dan seperti uncle, kalau ada yang terbaru dan menarik di blog beliau, beliau akan datang bagi tau :)


  • Sentiasa update cerita yang berlainan
Haa...ni yang penting. Jangan asyik nak citer my cat-my house-my dog, balik-balik yang sama je, muak weh...


  • Cepat loading
Blog yang feme-femes ni biasanya cepat loading, tak tersekat-sekat, laju je, senang nak baca, hehhee!! Takde la berkurun nak menunggu :)


  • Nama blog dan url yang senang ingat
Tengok pada blog yang femes amous nih, eh...tu cookies, hehehe!! Nama blog mereka simple, senang ingat. Ko google je, kompom jumpe! Lagi satu, url diaorang pon senang nenek aku nak ingat, hehhee!! bukan macam aqewgurl.com <---contoh ye...ape nih?? nak ingat pon payah, miahahaha!!!


Ini semua hanya pandangan aku yang kabur tak pakai spek, kalo ada sesapa nak tambah, silakan. Sila-sila nasi tambah, jangan malu-malu, kita berkongsi sama-sama. Ada banyak lagi, aku je malas taip, miahahahah!! Nanti bebila tambah lagi :)


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014