Monday, 8 March 2010

BINI MENGANDUNG, SUAMI MACAM ORANG BUJANG.

Selasa lepas, aku g lunch kat KFC, menci!! menci!! Sebab kengkonon kan nak diet, tapi member-member opis aku plak nafsu semua besar-besar, suka cucuk-cucuk aku takyah diet. Aku diet bukan pe, untuk kesihatan. takmo makan sesuka hati (cewah! padahal gegelang lelemak diperut aku dah melimpah keluar dah! huhuhu!). Dan aku termakan hasutan mereka-mereka itu, miahahah!!


Apa lagi, naik kereta, masing-masing mulut macam murai...nak parking kereta pon rebut-rebut, ko jangan main-main, bebudak opis aku masing-masing samseng kampung dusun, aku je control ayu, miahahahha!!! (tipu-tipu, bukan ko ketua samseng ke??). Setelah bertekak untuk parking, kami menang highcourt tepi jalan :) Jalan cecepat pulak nak masuk KFC, takmo beratur panjang.


Dah masuk KFC, aku beratur dengan Mas (cute giler member aku ni. Single. Sape nak ngorat meh aku interview dulu :)) Masa tengah beratur, wajib mata melilau, hehhehe!! Tetiba ter pandang ada budak lelaki kecik dalam 3 tahun, cute! Pastu dia berlari ke emaknya. Emaknya mengandung, tak pasti berapa bulan sebab tak sempat interview. Kami fikir mungkin mereka datang berdua. Tetiba ada seorang lelaki keluar dari tandas meluru ke meja mereka. Pastu budak kecik tu panggil ayah. Oo..bertiga rupanya...Tapi budak kecil tu kelihatan takut-takut dengan ayahnya.


Diorang dah habis makan, pastu nak keluar dah, tetiba si anak terjatuh. Si ayah pula herdik, menengking si anak yang comel. Geram giler aku time tu! Si ayah sikit pon tak angkat anaknya. Si anak muka sayu. Ayahnya terus berlalu pergi ke motor. Si emak pulak datang...datang pujuk anak kecil yang kene tengking dek ayahnya. Emaknya yang tengah memboyot, terus dukung anaknya, sambil tangan memegang helmet dan plastik KFC. Alahai...sedihnya aku tengok...mana ayahnya??


Ayahnya lagak seperti orang bujang, memang sekali imbas macam orang bujang! Mata pula melilau ke arah perempuan lain, Hey! Bini ko depan tu ok! Macam nak taknak je bawak bini ko makan di luar. Bininya pon, kalo ye pon mengandung, janganlah selekeh kan diri, pakai la comei-comei sikit, mane laki ko tak melilau matanya, tapi kalo laki ko dah sah-sah miang...tak leh buat ape dah le..


Eh, intro aku lebih panjang dari cerita, ape kes?? hahhahaha!! aku punya suka sebab aku dah ting tong sekarang, hehehe!! Cite ni tak de ape pon, cuma aku geram ngan situasi tu...sekian, terima kasih, hehehhe!! Jangan marah arr.. :)


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014