Monday 29 March 2010

PELAKON BADRUL MUHAYAT PUKUL ISTERI


AMPANG: Jika dulu dia menjadi idola peminat serta rebutan pengarah untuk membintangi filem dan drama, kini lain pula jadinya apabila pelakon kacak yang pernah mengecapi kehidupan glamor, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, menjadi antara orang paling dikehendaki polis.

Pelakon terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan empat kes masing-masing dua jenayah ugutan dan dua kes pukul yang dilakukan terhadap isterinya, sekali gus memungkinkan dia bakal ditahan di mana-mana tempat.


Malah, Badrul Muhayat boleh dianggap licik kerana setiap kali polis ke rumah untuk menahannya, pelakon terbabit seolah-olah dapat ‘menghidu’ kehadiran pihak berkuasa itu sebelum menghilangkan diri.


Sebelum ini, pelakon terbabit pernah dilaporkan menjadi buruan polis dan terbaru, dia sekali lagi membuat hal apabila didakwa membelasah isterinya selepas menyedari wanita berkenaan mungkin sudah mengetahui dia mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain.


Kejadian Rabu lalu seolah-olah mengulangi kelakuan panas baran Badrul Muhayat kerana dia sebelum ini pernah dilaporkan melakukan perbuatan sama terhadap isterinya.


Dalam kes terbaru ini, isteri pelakon terbabit mendakwa dia diperlakukan dengan kejam apabila dipukul, ditumbuk serta ditendang selain dicekik leher.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, berkata dalam kes terbaru itu, Badrul Muhayat naik angin selepas isterinya mengesyaki dia menghisap dadah dan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain ketika mereka berada di rumah di Kampung Cheras Baru di sini, kira-kira jam 7 pagi.


“Ketika itu, pelakon terbabit baru pulang ke rumah selepas sekian lama menghilangkan diri dan isterinya yang mengesyaki dia mengambil bahan terlarang cuba bertanyakan perkara itu.


“Selain itu, isterinya terbaca kandungan SMS dan meminta penjelasan sama ada dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain,” katanya.


Menurut Abd Jalil, ketika itu berlaku perselisihan faham dan pelakon terbabit yang tidak dapat mengawal kemarahan mula naik angin dan terus memukul isterinya.


“Ketika pergaduhan itu, isteri mangsa terpaksa melontarkan pinggan untuk mempertahankan diri dan keadaan kecoh itu turut didengari jiran.


“Mangsa yang cedera kemudian dibantu dan dibawa jirannya untuk membuat laporan di balai polis,” katanya.


Menurutnya, polis berharap Badrul Muhayat segera menyerah diri dan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan kes terbabit yang disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.


Pada masa sama, polis berusaha menjejaki pelakon terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau pernah ternampak suspek diminta menghubungi balai polis berhampiran.


Harian Metro pernah melaporkan kes membabitkan pelakon terbabit yang berlaku dua tahun lalu apabila dia didakwa pernah mengugut membunuh dan mencederakan isterinya. Selain itu, dia dilaporkan pernah memukul isterinya dan menendang perut wanita terbabit yang ketika itu mengandung sehingga mengalami keguguran. - myMetro

10 comments:

  1. tadi masa on the way pi office singgah pump station terpandang gamba nie.. ingat nk baca online jer .. tapi lupa..
    thanks ye

    ReplyDelete
  2. ms bercinta,bgai nak rak...bile dh dapat,tue la kejenye...dok memukul jek,hape punye laki tah,angin haku pg2x nie...=)


    ooopppssss terEMO pulok...hehehe

    ReplyDelete
  3. Tu la.. klu betul la semua khabar angin nie.. memg harapkan muke jer la elok.. yg lain tu hampehhhh!

    ReplyDelete
  4. benci lelaki mcm ni! harap muke je ensem, perangai hodoh!

    ReplyDelete
  5. ish dah la ada hubungan sulit..pukul bini lak tu...jahat..

    ReplyDelete
  6. cepatnya ieda ni dpt info.. ct baru baca tajuk kat paper tapi tak leh teka sapa.... tup2 kat sini dah ada..

    ReplyDelete
  7. Dulu hensem la Aini.Skrg dah tak hensem.Gumuk.kekeke..marah peminat fanatik dia nnti.

    ReplyDelete
  8. macam2 dunia ni...dh memalukan llki je...waaa...aku baik tau..hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014