IPOH: Seorang lelaki yang sedang mencari barang barang lusuh terperanjat besar apabila menemui mayat seorang bayi hampir busuk di kawasan pelupusan sampah di Tanjung Rambutan di sini hari ini.
Beliau berkata, polis yang bergegas ke tempat kejadian menemui bayi yang dipercayai berusia lebih sebulan itu berhampiran dengan timbunan sampah, dan bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.
Katanya, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian bayi itu.
"Bayi itu dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 24 jam dan kesan lebam ditemui di seluruh badannya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Zakaria meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dengan menelefon 05-2451222 bagi membantu siasatan.-Bernama
buang bayi makin melarat. masa membuyut org tak perasan ke?
ReplyDeleteHari² ada jer kes buang bayi, makin menjadi².
ReplyDeleteish ish...
ReplyDeletetp kata suami kat tempat pelupuasan sampah tu memang kerap jumpa mayat org.. yg jumpa tangan jer pun ade... huhuuuu...
mungkin sbb tempat tu luas maka sewenangnya buang anak kat situ... Ya ALlah. sian baby tu.. kalo tak nak, antor le ker rumah teman ni..