Tuesday, 3 August 2010

PIZZA HUT : MEMANG TIDAK SEDAP!


Aku tengah tahap kebulur malam tadi. Tekak gatal nak makan pizza, sebab mata tergatal terpandang pamplet yang terdatang tertanpa ter izin. Ter.......la konon! ;p




Berdua ngan si Amanda malam tadi. Pukul 8.25pm order online. Janji manis 30 minit saja, fine. Aku ni penyabar tahap nak mampus. 9.30pm masim belum tiba pizza aku, ape lagi................


Telinga aku mula berasap, mata dah terkeluar, perut aku takyah kira la...dah shuffle masuk kali yang ke 40! Kalau sabar pon salah..ni lajadinya, tepon abang tak macho pizza.




Kata dah kuar, tapi nanti dia kompom kan balik. Ikut suka ko lah! Janji ko kelat giler, tak baik..tak baik..huhuhuhuh!




9.50pm bunyi motor kapcai pizza. Sampai le tu. Nak marah pon tak guna:

  1. Pizza sampai sejuk gedik. Aku pon naik gedik makan. Gedik bersama-sama Amanda.
  2. Janji 30minit tapi 1 jam 30minit.
  3. Sup pon sejuk! Umpama hirup tak yah pakai sudu, hirup gitu aje pon boleh sebab dah sejuk sangat.
  4. Garlic bread takde, diganti dengan deli wings. Call la aku kalo takde, ni gatai memandai nak ganti, padahal aku order sekali ngan Honey BBQ Wings.
  5. Itemized tak completed, sos takde. Memang aku tak hadap sangat dengan sos paket ko tapi aku bayar beb!
  6. Plastik tahan konon panas ko koyak, menjejeh-jejeh sos Honey BBQ Wings. Melekit siot!



Sekali pandang pon takde selera. Makan je la, kalo tak siapa lagi nak makan, hehehhee!!

p/s: ko ni tak tau bersyukur pe ieda?? Ekekekkeke! ;p


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014