Saturday, 31 July 2010

PERANG DUNIA KE-2 JIRAN SEBELAH

Tengah memberus kain di bilik air.

Terdengar sesuatu.

Laki bini sebelah umah aku bergaduh!

Pasang telinga nak dengar bijik buah percakapan mereka.

Masing-masing menjerit, si isteri menangis ngangis.

Datang laki aku, "Hah! Pasang telinga! Kepochi betul ayang nih!"

Terbantut. Bukan aku yang bantut. Situasi tu.

Baru nak masuk bilik air kembali. Dengan niat nak sambung basuh kain.

Tetiba laki aku datang balik.

Laki aku bersuara,"Eh, nanti cerita kat abang ape yang ayang dengar"

Ah! sudah! Siapa yang terlebih kepochi nihhhhhhhhh?

hahahahhahahaha! ;p


p/s: hendap dengar dengan niat yang baik, kot-kot main tikam-tikam leh cecepat aku tepon polis, uhuhuhu! Wah...adakah aku heroin dalam cerita ini? Ahahahahahha! ;p
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014