Tuesday, 13 July 2010

RAMALAN KU BENAR BELAKA MENGALAHKAN SOTONG PAUL!

Perut sakit!

Hari ni bos muncuuuuuung aje!

Pepagi masuk ofis muka ketat, mulut boleh jadi ampai baju.

Kenapa?

Kenapa?

Why?

Why?

Telefonnyer bising tak berhenti-henti, tapi tak di jawabnya, pelik!

Serius!

Dari jauh, aku menjadikan telinga sebagai piring astro.

Telefon di jawab, yess!!!! (apsal aku pulak yang suka? konpius!)

Terdengar suara bos aku ala-ala merajuk (getik aku! kalah betik muda!)

"U pergilah balik KL tu, pergilah...pergilah....," nada merajuk si tua makin menjadi.

Dalam hati aku kata,"sah laki dia tengah pujuk! Gatal tinggalkan laki di KL, pastu bukak opis di Ipoh! Tempat isteri di sisi suami bos!," kalau cakap depan-depan pasti," Nah gaji kamu bulan ini, kemas meja ya" hehehhe!


Lepas letak talipon, bos keluar opis secara tiba-tiba.

Datang ofismate, "masam betul muka bos hari ni, giler pelik!"

Dengan nada nujum, aku mula meramalkan, " Bos gaduh ngan laki, laki dia tengah pujuk nak jumpa kat bawah. Maybe laki dia nak balik KL juga hari ni," angkuh sungguh! Mengalahkan sotong Paul, hikhikhik! Sengih. Pastu terbahak-bahak dengan opismate yang lain.

Sambung buat kerja.

Tak sampai 5 minit, opismate aku menjerit! (berdiri di tepi tingkap)

"Kak Ieda!!!! Ramalan tepat sekaliiiiiiiii!!!! Laki dia datang lah, tu kereta kat bawah!,"


Satu opis berkerumun di tepi tingkap, tinggal makcik cleaner gigih mencuci di jamban, wajib melihat wayang di depan mata bawah bangunan! Hahahahaha!!!


Ramalan ku benar belaka!!!!!!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014