Tuesday, 13 July 2010

DUYUNG JANTAN BADAN KETUL-KETUL



Semalam semalam semalam semalam. Mula nak mengarut pada pukul 1 pagi nih, hikhikhik! Iskkkkk.......Semalam lepas dinner, lepak depan tv. Aku tak tau nak tengok cerita ape, rancangan skang bukan nyer best pon, astro pon same, name je astro, heheheh! Tekan info (sambil mulut nyanyi lagu ABC bersama-sama Amanda :))pastu nampak citer Duyung Aridinata. Hahahaha! Ccepat tekan ok, lagi 5minit nak abiss ok!



Siap laki aku kata,"Citer mengarut apa lah yang awak tengok nih,"


Opsssssssssssss! Bola dah habis ok, so tv bertukar tangan pulak, wakakakaka!



Memula aku pon rasa macam mengarut! Tapi lepas aku dengar ayat-ayat mentera dan nama watak yang bagai nak gah tu, membuatkan aku nak sengih sensorang, hahahhaha!



Boleh tahan! Eh, episod berapa semalam ye? Aku pon tak pasti, sebab baru tengok, ekekekeke! :)




Mek Melusa - rambut ala-ala TLC ;p



Sinopsis Duyung Aridinata

Duyung Aridinata ini mengisahkan Raja Singrattdinata yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair. Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair.



p/s : Benci keybord! huruf P dan O kene tekan banyak kali. Tengok! Ni pon kene tekan banyak kali. Oh! taknampak, tak pe lah :)


/s : <--see...sudah terjadi lagi! Kalau ternampak aku taip seperti ini :

adan= padan

ola= bola

astu = pastu

Janganlah anggap aku nak buat ayat manja macam budak-budak, atau pon macam lidah pendek, keyboard yang salah! Hahahahhahahaah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014