Thursday, 22 July 2010

HOMESTAY DE RASI AMPANG, IPOH

Ok. Jangan terkejut beruk atau buat-buat terkejut. Aku belum lagi nak berkecimpung nak bukak homestay, hehehehe!!!




Ekceli abang ipar aku (Baq) ngan isterinya (Lisa) serta angkatan kaum kerabat lagi datang singgah 2 malam di Ipoh, so laki aku ngan aku kenalah cari homestay untuk mereka. Seronok jugak berjalan melilau mencari homestay, hahahha!! Dekat kawasan umah aku memang banyak, tapi kali ni kali try yang lain pulak, memang menarikkkkkkk!!!! Dan akan pilih homestay ni lagi pada masa akan datang :)



Homestay De Rasi Ampang ni belakang umah aku je, senang skit nak pergi jenguk diorang. Tempat amatlah strategik, sebelah Lebuhraya Utara-Selatan, sejengkal je, ko pejam mata pon dah sampai.



Lokasi: bersebelahan dengan Tol Ipoh Selatan (3 minit sahaja), dari KL boleh terus keluar mengikut Tol Ipoh Selatan dan untuk ke Utara terus keluar dari kawasan tol tanpa dikenakan sebarang bayaran.


Alamat: No 20, Jln Desa Ampang 22, Taman Rasi Ampang, 31350 Ipoh.
(rumah teres mewah 2 tingkat bersaiz 22"X 70" di hadapan padang dan terletak di jalan utama-keluar/masuk Lebuhraya Utara-Selatan, mudah dikunjungi)



Sesuai dan selesa sebagai tempat persinggahan semasa menghadiri sebarang majlis keramaian, berkursus dan bekerja di bandaraya Ipoh dan sekitarnya untuk tempoh semalam hingga sebulan.



Kemudahan yang disediakan untuk tetamu:
- 4 bilik tidur dilengkapi dengan almari dan 4 bilik air (mempunyai 'water heater'),
- 3 bilik tidur mempunyai penghawa dingin,
- sesuai dan selesa untuk 8 orang/4 keluarga (2 buah katil queen dan 4 buah katil single),
- ruang tamu yang luas dilengkapi dengan set sofa dan TV 29 inci,
- ruang parking luas- sesuai untuk 2 buah kereta, jika lebih boleh juga parking di hadapan padang,
- kelengkapan peralatan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh automatik, pemanas air, pembakar roti dan saterika.


Kadar sewa: RM250 semalam
Jika berminat, sila hubungi 013-3923739 untuk tempahan dan pertanyaan.



Ruang makan





Dapur






Ruang Tamu






Bilik Tidur Utama







Bilik Tidur No.2






Bilik Tidur No.3






Bilik Bawahtanah


p/s: pada aku lebihhh besttt tempat ni dari hotel 5 bintang! yippiieee!! :)

7 comments:

  1. wah..berbaloi2 ok 250. besorrrr

    ReplyDelete
  2. wow....bestnyaaa...luas betul umah tu..

    ReplyDelete
  3. kalau nak buat rumah sewa terus bole tak? tapi 250 sebulan. KAHKAH

    ReplyDelete
  4. nampak besar dan selesa la homestay tu ieda..

    ReplyDelete
  5. selesanya....murah dan berpatutan lagi~ dr gambar cm luas je rumah tue..

    ReplyDelete
  6. eh td aku dah taip komen tp mcm ilang pulok..kalo duplicate ngko delete je lah ye..

    ni ha mcm sama aura lak kita nk story pasal homestay ni..aku tgh nk pomotkan pak mentua aku punye homestay la kiranya...kat pinggir rpt perdana..umah 2 stgh tingkat tu..nnti aku wat entry ler ;)

    ReplyDelete
  7. homestayselesaipoh.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014