Monday, 5 July 2010

GUSI GELAP BAKAL KAHWIN DENGAN ORANG KAYA (PEREMPUAN SAHAJA!)

Masa kecik-kecik, aku tanya ummi aku, "Ummi, kenapa gusi iera gelap (tidak berwarna merah)?" pelik tengok kaler gusi adik aku lain.



Dengan bestnyer mak aku jawab, "Haa...tu tanda nya nanti iera kawin dengan orang kaya bila besar nanti,"
Justify Full


Aku dengan tak puas hati(bakal tak menjadi kaya) dengan muka jahat, "yeke??"



Ummi aku wajib nak menang, "orang tua-tua yang kata, hahaha!! Tengok makcik ko, gusi gelap jugak, kawin dengan orang kaya," ummi aku kata siap bukti lagi. Ciss...macam betul, pak cik aku tu kaya, ni tak leh jadi, hakhakhak!




Tapi ada doktor kata hisap rokok gusi boleh hitam. "Doktor, takkan adik saya nak hisap rokok masa umur 6 bulan!"



Dan yang paling musykil, pelakon Mr.Os pon gusi gelap, tak kaya-kaya pon! Oh ya...dia kan lelaki! (Sila baca tajuk sekali lagi!) Hahahaha!


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014