Wednesday, 14 July 2010

SI KECIL MEMAKAI TELEKUNG

Teringat adik aku kata, "Ee..geram betul! aku nak solat pon tak khusyuk! Budak-budak ni time aku nak solat lah diorang gaduh, yang si adik pulak asik gigit si abang sampai lebam!," itu kata Teha. Aku dengar pastu gelak, hahahhaa, lebih kurang macam tu, mungkin sedikit sopan lagi, ;p



Aku cakap biasa lah tu budak-budak. Ye...tunggulah nanti aku beranak sorang lagi, mesti bergonjeng dua beradik, hahahhaa! Buat masa ni, kalau aku solat Amanda still boleh dipanggil budak yang sopan, wakakaka! Tak tahan! Kalau aku solat, dia tengok je, pastu duduk tepi aku, buat ala-ala nak ruku', (eh, ni pon dah kira tak kusyuk tetiba tengok anak kat sebelah!)



Semalam lepas solat maghrib, aku pakaikan Amanda telekung. Amikkk, selalu nak sangat pakai, hehehe! Sejuk hati aku tengok anak aku, moga Amanda menjadi anak yang solehah pada masa akan datang.



Memula tak melawan kalo amik gambo, pastu bila dah banyak kali snap, mula lah bosan! Jadinya picca kat atas sekali tu, meradang! ;p
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014