Mungkin ada hikmah di sebaliknya...
--------------------------------------------------------------------------
Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai.
“Maya (gambar, kiri) dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan komen.
“Hari ini adalah hari yang sedih tapi saya lega.
“Maaf saya tidak boleh cakap apa-apa,” kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.
Maya yang sejak akhir tahun lalu dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, muncul di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini untuk membuat permohonan penceraian.Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.
“Minta maaf saya seperti biasa tidak boleh cakap apa-apa mengenai perkara ini.
“Bila sampai waktunya nanti saya akan beritahu. Kalau nak tahu apa-apa mengenai perkara ini boleh hubungi pengurus saya esok,” kata Maya kepada The Malaysian Insider sebelum meninggalkan mahkamah.
Pasangan itu hadir secara berasingan di mahkamah.Muhammad Ali tiba di mahkamah kira-kira 2 petang manakala Maya yang berbaju kurung dan bertudung tiba kira-kira 3 petang.
Maya yang kini merupakan duta baru tilam Vono dan Muhammad Ali, seorang guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.
Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong pada 26 Ogos tahun sama.
Awal bulan ini Mahkamah Rendah Syariah telah mengesahkan pernikahan mereka selepas dua tahun berlangsung. - THE MALAYSIAN INSIDER
sudah tiada lagi keserasian...
ReplyDeleteANAK MANJA
jodoh tak panjang tu..tak per, kejap je kot..masih menawan dan rupawan tu hehe
ReplyDeletedah sampai situ jer jodoh diorg
ReplyDeleteIeda Al-Habsyi ... Terima Kasih Tahniahnya... jemputlah selalu ziarah Akak, menjadi motivasi untuk menulis.. he he he *_^
ReplyDeleteSalam~~ Sedih! Tapi itulah kehidupan, kehidupan terpaksa diterus...
ReplyDeletebercerai jugak ? hrmmm...Tuhan mengetahui apa yang terbaik utk hamba-hambaNya :)
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletenak buat goner..
jodoh tak panjang..
cuma risaukan hubbynya sahaja
entah kemana la pulak islamnya
nanti..?
saya peminat maya karin. tapi sayang, artis yang saya minat akhirnya kecundang dalam dunia artis iaitu bercerai!
ReplyDeleteak seia menjadi pengubat mu maya karin....kahkahkahkah
ReplyDeletei pun tak suka tengok cerai berai gini. tapi nak buat camna kan...it's all up to the couples. huhuhuhu
ReplyDeletehope they find peace
http://twinkywinkystars.blogspot.com