Friday 16 July 2010

MAYA KARIN, SUAMI SAH CERAI.

Iskk...iskk..sedih! Apsal aku pulak yang over emo! Tapi sedih la...aku tak suka rumahtangga yang bercerai - berai. Sedih ko tau tak! Ahakzz..ter emo lagi :p


Mungkin ada hikmah di sebaliknya...



Kenangan manis berlalu...



--------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Pelakon dan pengacara TV terkenal Maya Karin dan suaminya Muhammad Ali Abdullah hari ini secara rasminya bercerai dengan talak satu.Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain.


Menurut sumber terdekat pasangan tersebut hadir ke mahkamah hari ini adalah untuk bercerai.

“Maya (gambar, kiri) dan suaminya datang untuk membuat permohonan penceraian dan mereka secara rasminya bercerai dengan talak satu hari ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan komen.

“Hari ini adalah hari yang sedih tapi saya lega.

“Maaf saya tidak boleh cakap apa-apa,” kata Muhammad Ali atau nama asalnya Steven David Shorthose.


Maya yang sejak akhir tahun lalu dikaitkan dengan desas-desus masalah rumah tangga, muncul di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini untuk membuat permohonan penceraian.Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.


“Minta maaf saya seperti biasa tidak boleh cakap apa-apa mengenai perkara ini.

“Bila sampai waktunya nanti saya akan beritahu. Kalau nak tahu apa-apa mengenai perkara ini boleh hubungi pengurus saya esok,” kata Maya kepada The Malaysian Insider sebelum meninggalkan mahkamah.

Pasangan itu hadir secara berasingan di mahkamah.Muhammad Ali tiba di mahkamah kira-kira 2 petang manakala Maya yang berbaju kurung dan bertudung tiba kira-kira 3 petang.


Maya yang kini merupakan duta baru tilam Vono dan Muhammad Ali, seorang guru matematik di sebuah sekolah antarabangsa di Seri Kembangan, bernikah pada 14 Ogos 2008 selepas tujuh tahun bercinta.


Perkahwinan mereka berlangsung dalam suasana romantis di tepi Tasik Como, Bellagio, Itali dan disusuli majlis resepsi di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong pada 26 Ogos tahun sama.


Awal bulan ini Mahkamah Rendah Syariah telah mengesahkan pernikahan mereka selepas dua tahun berlangsung. - THE MALAYSIAN INSIDER


10 comments:

  1. jodoh tak panjang tu..tak per, kejap je kot..masih menawan dan rupawan tu hehe

    ReplyDelete
  2. dah sampai situ jer jodoh diorg

    ReplyDelete
  3. Ieda Al-Habsyi ... Terima Kasih Tahniahnya... jemputlah selalu ziarah Akak, menjadi motivasi untuk menulis.. he he he *_^

    ReplyDelete
  4. Salam~~ Sedih! Tapi itulah kehidupan, kehidupan terpaksa diterus...

    ReplyDelete
  5. bercerai jugak ? hrmmm...Tuhan mengetahui apa yang terbaik utk hamba-hambaNya :)

    ReplyDelete
  6. salam..
    nak buat goner..
    jodoh tak panjang..
    cuma risaukan hubbynya sahaja
    entah kemana la pulak islamnya
    nanti..?

    ReplyDelete
  7. saya peminat maya karin. tapi sayang, artis yang saya minat akhirnya kecundang dalam dunia artis iaitu bercerai!

    ReplyDelete
  8. ak seia menjadi pengubat mu maya karin....kahkahkahkah

    ReplyDelete
  9. i pun tak suka tengok cerai berai gini. tapi nak buat camna kan...it's all up to the couples. huhuhuhu

    hope they find peace

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014