Friday, 16 July 2010

ROSAK! SAYA HANYA AKAN BERKUNJUNG PADA WAKTU MALAM (ITU PON KALAU TIADA PROJEK! HAHAHAHA!)

Puas sudah ku mencariiii......ku tinggalkan pesan ku kirim kannnn (kalo kirimkan duit aku nak le!).......wah! tetiba angin AXL gedik datang, mana tak meroyan, router opis aku rosak, cissssss! Aku nak berjalan-jalan ke blog orang lain pon susah. Sekarang ni masa nak merayap ke blog orang lain adalah pada waktu malam, selepas Amanda titun, ngeeee :) Dan jika tiada 'projek' yang menarik, akan lebih masa sikit nak merayap, hakhakhak! Ishhh...takmo pikir benda-benda lain ok, ahaks! Giler ape! Projek kemas rumah, lipat baju, basuh kain...tu pon projek tau :)





Al-bengang al-sungguh! Bila router rosak, semua takmo pegi hantar baiki. Ada jantan kat opis pon tak leh pakai. Nasib baik la aku ni kaki jalan, bila dah menghantar...wajib melencong ke tempat lain, ehehehe!!! Semalam aku pergi ngan Kak Intan ke RedCom (bukan redmummy tau :)) hantar baiki. Pagi tu aku menjadi Inspektor Gadget, selongkar bilik bos mencari resit 2 tahun lepas, aiyakkkk! Mujur jumpe *wink*wink (sambil lagu we are the champion berkumandang) :)





Boleh pakai 8 keturunan (kalah mahsuri ;p) 99 tahun warranty :)








Ni Amoi ke Tomboy? Aku tak paham, suara nak beso. Kang aku panggil Amoi, tak pasal-pasal makan penampo pulak. Aku tanya,"Bila boleh siap?" Amoi/Tomboy jawab, "Mungkin dalam 4 minggu, sebab kami mau hantar ke KL, dan kasi tukar sama U router baru,"



Aiyarrrkkkk! So jangan tanya nape aku tak blogwalking di siang hari, ngeeeeeeee :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014