Monday, 5 July 2010

PINTU DI TOLAK...AKU TERNAMPAK TUTTT!

Aku ternampak tuttttttt! Hahahaha! Sila fikir yang kotor ya :) Ini cerita 2 tahun yang lepas, sila imbas dan bayangkan sendiri, tanpa gangguan iklan perokok.




Aku cuti kawin selama sebulan. Dasattt bukan! Sila lah ambil cuti macam aku, hehehe! Puas sebulan (hahaha) aku masuk kerja macam biasa. Sampai lah satu saat, aku ni nak terkencing yang amat.




Babak lain - Untuk pengetahun, opis aku ni kecik dan hanya ada 2 bilik air, 1 jamban duduk dan 1 lagi jamban cangkung (bayangkan ok!). Peberet aku of kos le jamban duduk, sebab semua nak jamban cangkung tu, so aku tak yah tunggu turn, sebab aku sorang je guna yang duduk. Al-kisah....balik dari cuti sebulan, entah setan gondol mane ntah yang buat jamban feveret aku tu rosak. Menci...menci...menci!!! (Sambil tangan pukul-pukul dinding dengan ala manja)




Aku tak suka jambang cangkung tu sebab berkongsi dengan staff lelaki (hancing! Ooopsss!!!) dan yang utamanya......pintu jamban tu bermasalah!!! Ni memang dah tahap oldskul giler, tok nenek zaman mane punya pintu jamban la...Kuncinya rosak, pastu nak kena sendal dengan batang penyapu pulak tu! Mampossss!!!!!!!!!




Sambung babak utama - Disebabkan nak terkencing yang amat, aku pon berlari-lari macam lompat galah ke bilik air. Aku nampak pintu jamban tu tertutup. Memang aku sangka tiada orang kat dalam, sebab kadang-kadang angin tolak pintu tu dan SALAH BESAR aku adalah tak tanya, "Woi! Sape kat dalam, cepat sikit!" (Itulah ayat yang selalu kami guna kalau pintu jamban tertutup dan malangnya aku lupakan "mentera" itu, hahaha!!)


Tanpa memikirkan sesape didalam, dengan ganasnya aku tolak pintu jamban tu, "WOOIITTTTTTT!!!" seorang staff lelaki sedang baikkkkk mencangkung, dengan rokok dibibir. Nampak tak benda yang tak sepatutnya? <--Opss..tertaip pulak soalan panas, hahaha!!




Muka lelaki tu malu, aku yang tak tahan nak kencing ni pon terus tak jadi nak kencing, siap cakap, "Opss...sorry bro!" sambil tutupkan intu balik, hahahaha!!! Pastu masuk opis aku gelak besar, 5 minit kemudian, mamat tu pon masuk opis siap cakap, "Aku malu la, nak berenti kerja je rasa," hahahaha!!




p/s: jangan kongsi jamban! hahahaha!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014