Wednesday, 4 August 2010

GARNIER - VISIBLE WHITENING FACE POWDER


Dek termakan pujuk rayu iklan, aku pon membeli bedak sejuk ni, hahahaha! Bedak sejuk ko! Jangan pecaya, tipu.tipu. Eh, bukan produk ni tipu, aku yang tipu ni bedak sejuk.



Comel bekas dia, aku suka beb, kuning gitew! Pas pakai rasa cam puteri raja pulak, puteri raja pon kalah, hahahaha! haah..puteri rajagopal, memang le aku menang! ekekeke!




Ok. Ni baru nak start cerita betul-betul. Bedak ni best cuma aku tak berapa suka dia punya tu...ala tu...ape ke namenyer tu...ala...aku lupe jap ...ala..span dia tu, tak best sikit. Sikit jer sebab nipis, so kene ganti ngan span lain, bukan span pencuci pinggan tu tau, hahahaha!




Murah je bedak ni, lagi pon tengah ada promosi, kalau dekat watson jatuh dalam RM11 lebih, kalau dekat Guardian jatuh dalam RM 10 lebih. Cepat la beli sebelum dia bangun tak jatuh-jatuh lagi.




Garnier Light Visible Whitening Face Powder memberi efek kulit tampak lebih cerah dan bebas kilap sehingga 6 jam dalam tekstur yang lembut.


Formulanya menggabungkan:
  • Teknologi bedak mikro untuk kulit tampak halus.
  • Vitamin C membantu menghilangkan pembentukan pigmen, untuk kulit nampak cerah dan mulus.
  • Perlindungan sinar UV SPF18 membantu mencegah penggelapan kulit dan bintik hitam.
  • Tekstur bebas minyak membantu menyerap minyak berlebihan sehingga 6 jam.

p/s : saya pakai yang murah je... ;p
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014