Monday, 23 August 2010

SALE BERHANTU?

Bila bulan puasa ni mula lah segalabagai sale keluar. Aku ni bukan percaya bebeno dengan sale (walaupon dalam hati gedik nak habiskan duit laki aku). Sale ni lebih banyak menipu, tertipu dan ditipu. Ape lagi, bukan tipah je tertipu, senah, peah, leha semua kena tipu. SALE. Wah! Bagai nak rak banner besar bapak. Sah-sah maksud sale = jualan. Yang kita dok ingat konon jualan murah, hahahhaha! Kan dah kene tipu tu. Paling best jualan gudang yang barang macam hampeh. Harga konon lepas 70% tak ubah macam harga asal, kuikuikuik!



Lantak ko la labu nak buat sale sampai terduduk. Tapikan kalo bab bershopping ni, aku lebih suka tengok ragam orang. Haaa....pilih bagai nak gila, amik nyer satu jer T_T. Kompom ko tengok muka sales girl tu dah macam rimau nak beranak. Tapi dia cool lagi sebab puasa, hhahahah! Yang lagi best macam ni. Amik menimbun, tak pe...amik lagi dan lagi dan lagi, sampai kaunter, laki kena bayo. Hahahaha! Ni kompom kes laki kawin 4, baik sapu duit laki cecepat sebelum madu cilok purse laki ko, hahhahaha!



Tapi kalo kes laki ko nak ngamuk depan kaunter, abisss arrr! jawabnyer berbuka makan pasir la. Weh, ape aku melalut ni. Kekdahnya aku nak cerita aku teman budak opis aku beli kasut. Konon sale kan. Ni satu lagi hal, datang beramai-ramai tapi yang belinya sorang je, hahahhahaha!! Ni biasanya aku ngan member-member. Biasanya pelanggan jenis camni buat semak je, meramaikan dan menyemakkan keadaan yang sedia semak, hahahahhahah!!!





Peace! Kes menyemakkan shopping complex!

Sale berhantu? Sale tidak berhantu tapi orang yang membelinya semua hantu. Hantu baju, hantu seluar hantu kasut. Aku hantu tudung, hehehee!!! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014