Monday, 30 August 2010

AKIBAT MENJADI SILENT READERS

Tutttt! Seminggu tak menaip. Encik Nuffnang aku mula menjerit,"Wehh!!! Pengunjung pon kurang!!"





Aku jawab,"Dah...aku bukan Hanis Zalikha or RedMummy, tak hapdet berbulan pon orang tetap kunjung," kuikuikuik! Jawapan busuk berbaur jeles. Jeles skit, takpe..jeles membina. Tambahan aku tetiap hari lepak kat Redmummy.com. Peberet blog aku.



Aku bukan MALAS. Bukan malas nak update blog tapi banyak kerja dalam bulan puasa ni, tambahan ada beberapa masalah perlu diselesaikan segera. Uikksss...bunyi kalah menteri dalam negeri, hikhikhik! Menyampesss!




Tapi setiapa.........tengok, dah lama tak update, nak taip pon dah macam bangla baru masuk Malaysia, baru nak belajar bahasa melayu. Ekceli, setiap malam aku berblogwalking, tapiii...jadik silent readers je la, malam pon dekat pukul 10. Nak melawat semua blogger memang tak sempat, so sesape yang update time tu jelah aku sempat membaca. Tapi yang aku kerap gak nak menyibuk bertandang adalah blog Zulkbo, Mamalieyna, Ena, Hajar, MissXYZ dan ramai lagi. Setiap hari mesti kunjung walaupon memang aku tak mengomen.



Aku cakap kat laki aku," Bang, tolong update kan blog, huahuahua!,"


Laki aku jawab, eh bukan jawab, dia tanya aku balik,"Eh, dah berapa lama awak tak update? Pegi update cepat!!"


Wahhh!!! Terkonpius kejap. Mintak tolong kita pulak yang kene balik, hehehehe!!! Fine, mulai skang dengan kenkononnyer, aku tetap akan update blog walaupon sepatah ayat, caitttt! ;p
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014