Tuesday, 10 August 2010

CHILDREN'S VAPOR BALM

Setiap malam anak aku batuk-batuk. Adalah jugak dekat 2 minggu. Tapi waktu malam je, mungkin sejuk, sebab aku ni suka pasang kipas yang pusing laju macam helikopter nak terbang.



Kesian anak aku, uhuk! uhuk! uhuk! batuk, batuk orang kaya kata papa aku hahahahha!



So masa lunch, aku pergi jenjalan kat Watson belakang opis aku, ingat nak beli vicks yang baru, sebab setiap malam aku sapu vicks pada amanda kalau dia batuk. Pastu aku jumpe vicks untuk budak-budak. ok, tab besar gajah, rasanya sampai aku anak 3 pon boleh pakai lagi.




Pastu aku tengok kat sebelah vick ada jenama lain, 21st Century - Children Vapor Balm, same je lebih kurang dengan vicks kanak-kanak. Yang buat aku terpikat sebab dia ada bau strawberry!




Best sangat bau dia, sumpah tak tipu! Korang try la..kalau jenis sapu tuk dada anak-anak korang, memang bagus untuk melegakan batuk dan hidung tersumbat.




Aku pas beli je, terus bukak dalam kereta, sebab nak bau dia, opismate aku cakap, "eh, bau ape yang sedap giler nih?" "Ni haa..." kata aku hehehhehe! Abis! Abis! Abis! Abis semua opismate aku calit-calit sapu kat tangan diorang, tak tahan sedap sangat bau dia! Ciss...hampeh korang! :)





See...warna dia light pink, wangi beb! Pepagi kalau amanda bangun dari tidur sedap je nak choottt!! choottt! dia sebab bau strawberry, hilang bau ailio basi, hahahahahha! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014