Tuesday, 31 August 2010

KEHAUSAN DAN KAKI PATAH BANYAK BERJALAN

Macam biasa, setiap bulan puasa kami akan pulang berpuasa di kampung laki aku, Besut Terengganu. Jadi 2 minggu lepas aku berada disana selama 6 hari, kalo bab makan makanan bagai, takyah citer la....bertambah buncit perut kalau dok sana, sesedap ok! Abis segala diet seminggu aku yang kat Ipoh ni, miahahahah! Tak pe, sesekali, cewahhh...



6 hari dok sana, memang berbuka aku minum air kelapa je, sedap giler! Tapi ummi aku selalu pesan, jangan minum banyak air kelapa sebab boleh lemah tubuh. Walaupon air kelapa ni penawar, jika terover dos akan menjadi racun.



Ok, kalau balik kampung laki aku, memang kot aku takmo lekat kat umah sangat. Bukan pe...dah sesekali balik, merambu laa...ape barang lepak je kat umah, wakakaka! Pastu kene pulak Kak Lisa ngan Ma ajak g Rantau Panjang dan Kota Bharu, weeee! Berjalan best walaupon aku tak membeli ape T_T



Bila merayap di Rantau Panjang, Ya Allah...panas takyah cakap lah, tekak ni haus giler! Bila masuk kereta je semua dah tersadai, malang bagi laki aku kene drive ke Kota Bharu pulak untuk berbuka disana, wakakaka! Aku tido siap nganga lagi campur ngan ngigau, ahhahaha!! Laki aku kata, "Hishhh...molek benar ngigau!" hahahhaha!!! Tak ingat aku ngigau ape, tapi aku sedar bila aku cakap "sedap! sedap!" ni mesti dah lapo bebeno nak berbuka, wakakaka! Macam budak kecik.



Sampai Kota Bharu, Kak Lisa belanja kami berbuka di Hotel Grand Riverview. Muahhh fulamak!



Rezeki tu, jangan ditolak. Silalah masuk Chef Mister Potato menanti kami di pintu cafe. Oh! Chef Mister Potato kecek klate, huahuahua! Banyak betol arab dalam tu, suka tengok.....baju diorang, tak suka tengok diorang, besar betol, huhuhu! Opss..termengumpat pulak bulan pose nih ;p





Sesuku makanan yang di ambil, ishhhh.......jangan cakap membazir tau, abis ni beb! Tong sampah MBI ngan MDB masih kosong lagi, miahahahah! Food dia ok, sedap dan tidak manis. Korang jangan fikir, kalau Kelantan je-makanan manis. Totally wrong. Serius sedap sangat! :)





Biasalah, bila datang ramai, mesti dapat meja b00lat, takpe aku suka lagi pon meja kami jauh dihujung sudut, hehehhe!! Ada paham?? Boleh melantak kuak lentang semua, miahahahaha!!! Tengok, Kak Lisa sibuk dengan si comel Nirina. Amanda? Tak yah citer laa...lepas je perut dia kenyang, dok main pusing-pusing kerusi. Dah puas pusing main tolak kerusi, haaa...sampai jatuh dihimpap kerusi, berdarah la sikit bibir, aiyaakkkk....






Owh! Dalam masa yang sama, member opis aku mesej, (keluar la ringtone CSI NY)

"Ieda balik bila? Bos nak ajak berbuka puasa kat Heritage Hotel besok malam, dia tanya ko balik bila?"

Alaaa.........melepas pulak time nak kikis bos! Takpe, laaa....teruskan je sebab aku balik lambat lagiiii, huaaa!!! Takpe, janji makan kat sini pon dah sodap! Rezeki ada dimana-mana :)



Muka sedih dihimpap kerusi. Eh, ke muka ghairah sedap bebeno makan tembikai? Hikhikhik!
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014