Showing posts with label berbuka. Show all posts
Showing posts with label berbuka. Show all posts

Tuesday, 16 August 2011

Malam Lailatul Qadar - Dapatkan Tips 10 Malam Terakhir Disni

Bila bulan pose, rasa cam kekang skit nak bercerita. Kena jaga, kurang kang pahala aku, dah le aku suka cakap yang merapu kan, buat kurang ailio je, kena plak bibir kering sampai telinga pon jadi bengang-bengang gitu. So dok dendiam main fesbuk. Eh, jangan menyibuk dengan fesbuk orang yang mengumpat dan mengata orang lain jugak. Ok, beralih ke tweeter, sedappp spammm dekat timeline tu pon buat orang menyampah kat aku, hahahahha! Jawap nya tdo lebih baik, hahahahaha! 



Aku malas nak cerita juadah berbuka puasa bagai. Sama je semua kan, nak nak komen wah...nampak sedap! Ko rasa pon idak, ini kan aku, balik-balik bazar takde kerja nak snap picca bagai, baik aku melangut tengok upin dan ipin, hahahaha! Persiapan raya? Semua dah siap, aku beli ari tu baju raya amanda ngan laki aku kat Jakarta aritu. Yang aku punya baju kurung 2 helai sudah. Tak payah nak sampai 30 pasang, hahahahha! 








Sekarang dah masuk 15 malam terakhir kan. Tak lama lagi 10 malam terakhir iaitu Malam Lailatul Qdar. Kejar selagi mampu, selagi sihat, selagi hidup. Bila dah terlantar ape pon tak jadi. Malam Lailatul Qdar adalah lebih baik dari seribu malam. Ia nya berlaku 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadhan. Dapatkan tips 10 malam terakhir DISINI. Insyallah membantu :)

Thursday, 4 August 2011

Kemaruk Air Jambu

Dekat Ipoh ni, bukan mainn panas lagi cuaca, cuma petang dan malam semalam hujan lebat, alhamdulillah! :) Cuaca panas memang sinonim dengan bulan Ramadhan, tapi takpe semua tu kan...dalam pepanas gini, kalau berbuka tu udah 3 hari berturut-turut wajib berbuka dengan air jambu asam boi. Sedapppp wooo!! Sejuk gitew mengalir di tekak pastu usus bagai, sampai la ke baby dalam perut ni, ekekeke! :)









Takmo air lain dah, nak air jambu dan air masak ajer okehh! Hahahhaha! Balik jer dari kerja, terus pergi bazar dan serang gerai ahkak yang jual air jambu tu, heheheh! Lauk dan makanan lain malas nak citer, semua sama saja, aku semua boleh makan, alhamdulillah :)

Saturday, 4 September 2010

MARI RAMAI-RAMAI KEMBUNGKAN PERUT

Istilah Lenggang Perut tu memang biasa je dengar tapi lenggang perut yang stail aku ngan member-member lain sikit. Bila dah kenyang berbuka, mulalah jalan melenggang sekali dengan perut-perut ko jalan dulu. Siap ada member aku cakap rasa cam perut dia jatuh ke lantai, hehhehe! Gilak betoi, tu la..makan ikut nafsu, cuba tiru cam aku, makan ikut diet, wakakakaka! Cissss takde maknanya nak diet!



Semalam aku berbuka puasa dengan bebudak opis aku. Hari tu diorang dah berbuka bersama sekali dengan bos, tapi aku takde, sebab balik kampung. So diorang buat sekali lagi untuk sekali ngan aku, kali ni tanpa bos, bestttt laaaaa! Hahahaha! Macam biasa, berbuka di Heritage Hotel, tempahan awal dapat murah 15% diskaun.



Staff yang rata-ratanya kembang (aku bakal menjadi kembang gak nanti)






Stall ayam dan kambing panggang ni lah selalu menjadi tumpuan orang ramai. Berpeluh sakan abang chef nak memotong kambing, hiaakkkkk! Hahahhaa!!!





Pada pendapat aku, food kat sini sedap. Tempat ni penuh yang amat. No wonder la orang ramai setiap tahun walaupon ini bukan hotel bertaraf 5 bintang. Sedap = harga berbaloi. Sebab semalam penuh sangat, aku dah rasa macam bazar lah pulak. hehehhe!! Kesian pulak aku tengok ada table yang sampai ke pintu masuk dapur dan ada jugak table yang dah dekat sebelah lif, memang tin sardin giler! Mujur kami tempah dapat table yang strategik, cuma jauh skit nak amik food.




Biasalah bila dah ujung-ujung stall aiskrim pulak jadi mangsa, kuikuikuik!




Owh, kali ni aku tak pergi ngan laki aku, sebab dia kerja petang, Amanda pulak, aku tinggalkan dengan ummi, pastu ummi bawak Amanda pergi masjid negeri untuk bertarawih, wah! Bagus betul, anak aku pergi masjid, maknya melantak kat sini, hehehehe!




Kiss muah!muahh!! dah kenyang? sedap? suka hati? jom balik!!!!!!!



* Syukur alhamdulillah...rezeki tidak putus-putus.Aminnn...

Tuesday, 31 August 2010

KEHAUSAN DAN KAKI PATAH BANYAK BERJALAN

Macam biasa, setiap bulan puasa kami akan pulang berpuasa di kampung laki aku, Besut Terengganu. Jadi 2 minggu lepas aku berada disana selama 6 hari, kalo bab makan makanan bagai, takyah citer la....bertambah buncit perut kalau dok sana, sesedap ok! Abis segala diet seminggu aku yang kat Ipoh ni, miahahahah! Tak pe, sesekali, cewahhh...



6 hari dok sana, memang berbuka aku minum air kelapa je, sedap giler! Tapi ummi aku selalu pesan, jangan minum banyak air kelapa sebab boleh lemah tubuh. Walaupon air kelapa ni penawar, jika terover dos akan menjadi racun.



Ok, kalau balik kampung laki aku, memang kot aku takmo lekat kat umah sangat. Bukan pe...dah sesekali balik, merambu laa...ape barang lepak je kat umah, wakakaka! Pastu kene pulak Kak Lisa ngan Ma ajak g Rantau Panjang dan Kota Bharu, weeee! Berjalan best walaupon aku tak membeli ape T_T



Bila merayap di Rantau Panjang, Ya Allah...panas takyah cakap lah, tekak ni haus giler! Bila masuk kereta je semua dah tersadai, malang bagi laki aku kene drive ke Kota Bharu pulak untuk berbuka disana, wakakaka! Aku tido siap nganga lagi campur ngan ngigau, ahhahaha!! Laki aku kata, "Hishhh...molek benar ngigau!" hahahhaha!!! Tak ingat aku ngigau ape, tapi aku sedar bila aku cakap "sedap! sedap!" ni mesti dah lapo bebeno nak berbuka, wakakaka! Macam budak kecik.



Sampai Kota Bharu, Kak Lisa belanja kami berbuka di Hotel Grand Riverview. Muahhh fulamak!



Rezeki tu, jangan ditolak. Silalah masuk Chef Mister Potato menanti kami di pintu cafe. Oh! Chef Mister Potato kecek klate, huahuahua! Banyak betol arab dalam tu, suka tengok.....baju diorang, tak suka tengok diorang, besar betol, huhuhu! Opss..termengumpat pulak bulan pose nih ;p





Sesuku makanan yang di ambil, ishhhh.......jangan cakap membazir tau, abis ni beb! Tong sampah MBI ngan MDB masih kosong lagi, miahahahah! Food dia ok, sedap dan tidak manis. Korang jangan fikir, kalau Kelantan je-makanan manis. Totally wrong. Serius sedap sangat! :)





Biasalah, bila datang ramai, mesti dapat meja b00lat, takpe aku suka lagi pon meja kami jauh dihujung sudut, hehehhe!! Ada paham?? Boleh melantak kuak lentang semua, miahahahaha!!! Tengok, Kak Lisa sibuk dengan si comel Nirina. Amanda? Tak yah citer laa...lepas je perut dia kenyang, dok main pusing-pusing kerusi. Dah puas pusing main tolak kerusi, haaa...sampai jatuh dihimpap kerusi, berdarah la sikit bibir, aiyaakkkk....






Owh! Dalam masa yang sama, member opis aku mesej, (keluar la ringtone CSI NY)

"Ieda balik bila? Bos nak ajak berbuka puasa kat Heritage Hotel besok malam, dia tanya ko balik bila?"

Alaaa.........melepas pulak time nak kikis bos! Takpe, laaa....teruskan je sebab aku balik lambat lagiiii, huaaa!!! Takpe, janji makan kat sini pon dah sodap! Rezeki ada dimana-mana :)



Muka sedih dihimpap kerusi. Eh, ke muka ghairah sedap bebeno makan tembikai? Hikhikhik!

Wednesday, 28 July 2010

TENGAHARI YANG MELOYAKAN

Tengahari ni aku memang tak berselera. wek..wek...wek...itu bukan bunyi muntah, sesuke je menaip perkataan tu, hahahahha!!! So tengahari ni aku layan makan cocktail sausage with cheese jerk ngan aiskrim wall's nih... memang takde selera. aku pon tak tau ngape....





Puasa bakal tiba. Aku tekad puasa kali ni aku nak masak jer, malas nak beli, lagi puas hati masak sendiri walaupon letih berkejaran sana sini. Takpe, makan ubat kuat. Uiks...ubat kuat?! Jangan..jangan nanti lari ke tuttt pulak bulan puasa ni, hahahahhaha! Mungkin vitamin untuk kecergasan hikhikhik! Over giler je aku.




Weh, ape menu korang?? wahhhh! dasat! puasa belum lagi dah tanya menu, hahahahaha! Fine! Aku dah ada menu (bangga + hidung kembang). nanti aku paparkan pada entri yang akan datang :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014