Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Monday, 19 September 2011

Kontroversi : Geng Seluar Dalam (GSD)




 Hari tu kan aku bertapa lamaaa kat kampung laki aku. Bila semua orang dah balik, tinggal lah kami yang beberapa kerat aje nih, makanya bosan yang amatlah lah bebudak ni bila geng semua dah blah. Bila dah takder kerja, macam ni lah jadi sepupu sepapat nih, hahahahah!


Hoiiii! AMARAN : Bukan seluar dalam ku apatah lagi seluar dalam mu, hahahahhaha! :)



Perghhh...kalah Charlies Angle bagai okeyhhh! :)





Ape kene lah anak aku ni, ni kes tak de kerja lah tewwww! :)







Haaa....anak aku kalo bukak terus ngerbangggg rambutnya, ehehhe! :)





Haiiyaakkkkk! Laki aku kat atas tu pon dah peninggg, lantak kome lah yek! Miahahahaha!




Bejet lettewwww! hehehhe! :)



p/s: ini hanya suka suki zaman bebudak ok! :)

Monday, 25 April 2011

BUDAK KECIK NYANYI LAGU MAHER ZAIN - INSYAALLAH

Lama betoi rasa tak mengarut. Tidak berkesempatan sungguh untuk berbelog selama 9hari 9malam bertapa dekat kampooong laki aku, ceh! memang tak sempat, tidoooo aje memanjang, hahahahhahah!





Yang bestnyer kalo balik kampooong adalah tak payah mengeluarkan sesen pon, makan semua ditanggung halal, pangggg!!! Amik ko dasar kedekut, hahahahha! Di situ sudah jimat sembilan hari sembilan malam makan bekpes, makan tengahari, minum petang, makan malam, makan tengah malam, duit minyak kete ulang alik pergi kerja, cukup ujung minggu ni gaji dapat lagi hahahahhaha!









  Dah takpayah citer pepanjang, korang bukanyyer paham pon, hehhehe, meh kita layan budak kecik bosan 5 jam dalam kereta, kiri kanan hutan Grik, dok syiok layan lagu Maher Zain - Insyaallah. Eh..suara cam kambing mencelah sesikit tu aku lerrr, hahahahha! :)



 





Wednesday, 16 February 2011

AMARAN BUAT ADIK IPAR

Ini amaran pertama dan terakhir. Lihat lah! Aku dah buat entri ini! Hahhahahaha! Bajet ayat macam nak mengamukss, haippp! Aku baik weh, mana ada nak memarah cuma kadang-kadang je tiba musim mengawan tu mula lah perangai menjadi tak tentu pasal, miahahaha! CNY hari tu balik kampung Besut, sebab adik ipar (Baiti) nikah. ok seminggu duduk kampung tidak bosan sebab semua balik kampung, semua ada.



Selamat penganting (tetiba je terengganu abis.. hahah) baru buat Baiti dan Hasnol. Seminggu dok kat kampung ngan ko, dah balik ipoh rindu lah pulak, hahaha, geli tak? geli tak? hahahah! Ye lah, gaduh sentap sikit-sikit kita adik beradik biasa lah tu, nama pon adik beradik air coke masuk perut keluar balik jua, bagus tak perumpamaan baru aku? hehehe! Meh layan gambo bersama Ieda Al-Habsyi meh..meh.. :)






Gambar ini di ambil pose begini kerana meniru Idola belog beliau - Hanis Zalikha, hahaha pandai je aku ;p (ayat aku cam keling arini) Aku suka tang mata itam tu, tapi setengah orang tak suka, lantak pi lah, janji aku rasa ko cantik baiti..cewah..tetiba je panggil ko baiti kan, selama ni panggil Ina, hahahaha! :)







Ni lepas nikah, sebab tu leh main cium-cium. Tetiba je kan aku tersedar aku tengah cium dinding sensorang sebab laki aku pergi makan nasi dekat luar time ni, cehh! ;p







Edisi terkam menerkam adalah wajib, kalau tak buat tak leh masuk bilik sesama, hahhaha! Beb, lipstik ko nampak cun kat sini :)










Satu hati.....berdoa semoga aku dapat baby baru lagi, aminn..thanxx, hahahahah! :)








Penutup malam nikah. Ce cari aku yang mana..ce cari ce cari, hahahaha! :)






Esoknya, kenduri kendara periuk belanga semua. Kami semua memakai baju kaler bronze ala ala koko. Sedang menikmati senikmat nikmatnya aiskrim, yummieee! :)







Lawa :)








Gambar adik beradik pengantin perempuan. Semua joyah sporting abisss, i likeee! :)








Lihatlah pinggul ku. "Ko tak leh lawan slim aku Ieda,"kata dia. Aku hampa membawa hati lara ;p






Romantik! :)








Comel aboh, budak-budak pon kalah, hehehe :)






















Penutup. Inilah gambar kami sekeluarga. Hari Sabtu ni, majlis di rumah pengantin lelaki pulak, berlangsung di Dewan MAEPS Serdang. Ada blogger yang dapat jemputan? Kita jumpa di sana! :)


owh, semua gambar di ambil oleh PhotoAura, hebat sekali! ptpgraper yang hebat! hehehhee! :)

Saturday, 12 February 2011

GENG PEACE






Budak-budak kalau ambil gambar comel betoi ramai-ramai, macam-macam pesen gaya semua keluar! Hikhikhik! :)

Tuesday, 11 January 2011

AKU DAN KENDURI KAWIN DAN MASAALAH BAJUNYA




Ujung bulan ni ada kenduri kawin sepupu sepapat ipar duai bagai. Badan belah 6, semua wajib pergi. Sebenarnya bukan 6, 2 aje, hahahah! 6 tu dikira macam ni :

  1. Majlis nikah apis & nana (Johor)
  2. Majlis umah nana (Johor)
  3. Majlis umah apis (Johor)
  4. Majlis nikah umah ina adik ipar aku & hasnol (Besut)
  5. Majlis umah ina adik ipar aku (Besut)
  6. Majlis umah hasnol (KL)


Haa...kan dah jadi 6 tu, ahaks! Aku takde baju nak pakai. Bukan bermaksud telanjang boolat tapi takde baju baru. Getis getik betoi kan aku, nak baju baru konon. Tapi takpe, aku pasrah. Pasrah sambil mengharapkan bantuan turun menghulurkan kertas purple untuk beli baju baru, hahahaha!



Mimpi lah kau! Adik aku bagi cadangan. Aku banyak kain batik sarung. Sepuluh helai kot (belagak giler, opah kat kampung tu ada tujuh puluh helai pon tak bising), itupon pakai waktu dalam pantang aje. So adik aku cadangkan pakai lah kain batik sarong mengikut tema dan kaler umah pengantin. Baju tu pakai le ape-ape pon. Nak sweet lagi, kemban aje. Memang semua orang terpana melihat nanti.


Serius tak kelakar.


Giler! Sakit ati aku adik aku merepek.\\\\ <---ntah nape pulak aku taip batang senget ni, hahahha! Takpe le, aku pasrah. Kang kalo aku buat entri kenduri kawin 6 majlis, korang jangan tanya camni, "semua majlis dalam hari yang sama ke? (sebab pakai baju sama)" T__T



Aku pasrah, hahahahahhahahahhahahahah! :)

Tuesday, 30 November 2010

I LAP U LAH CHIK!




Sapa ada opah / nenek lagi? Aku dah takde. Opah belah mak aku meninggal masa aku umur 13tahun. Belah papa aku lagi aku tak pernah jumpe, dia meninggal sewaktu umur papa aku baru setahun. Ok, ni bukan nak cerita feel sedih sentap. Laki aku punya nenek ada lagi, alhamdulillah masih sihat dan paling mantoppp - ingatan dia sangat kuat, sampai dia boleh kira tarikh aku kawin sampai lah tarikh aku pregnant hari pertama, kuikuikuik!



Aku panggil dia 'Chik'. Pada aku dia sangat kiutttt yang amat! Aku sangat sayang padanya. Paling kelakar baru - baru ni jumpe dia, masa salam, laki aku tanya dia,

" Chik ape khabar? Ingat tak sape ni?" tanya laki aku

Tau ape Chik jawab...

" Entah orang uluuuu mana ntah" hahahahahhahaha! Amik sebijik laki aku! Nak test power nenek dia konon, kan dah dapat jawapan paling mantoppp sekali, hahahah! Aku gelak guling-guling. "Sudah tu Da, jangan gelak guling-guling, buruk betoi Chik tengok," kata Chik, amik aku pulak kene, heheheh!



Yang best aku nak tergelak pasal Chik, adalah satu kisah masa aku baru sebulan dua kawin. Malam tu aku pergi melawat dia, dia ajak tidur umah. Aku boleh aje tapi laki aku pulak takmo.


"Ishh..mana boleh Chik, saya tak boleh tidur kalo Ieda takde," kata laki aku lepas Chik nak mintak pinjam aku teman dia tido.


Tau ape Chik jawab,

" Ala....Sham ngan Ieda tidur la atas katil, Chik tido bawah, buat le apa-apa pon, Chik buat-buat tak dengar laaaa............"


Hahahahahhahahaa! Gelak aku! Korang paham ke aku citer ni weh?



*Sungguh suci wajah tua kedut seribu, sayang Chik!

CERITA PASAL GAMBAR

*Elok sangat la tu, tudung macam seluar askar, baju kaler maroon, seluar kelabu asap*


Hhahahahhaha! Tu lah namanya feel tak lepas, bukan kentut je tak lepas, feel pon ada gak jenis yang tak lepas, bila tak lepas jadi macam aku kat atas ni. Pendek kata ala...dok kat umah kat kampung je kot nak pakai macam artis pon buat ape, hehehehe!



Hari tu balik kampung (tak abis-abis cerita balik kampung!), sampai je...terus nampak gambar raya yang lepas terpampang atas katil ruang tamu bawah. Besar gedabak amikkk ko! Gambar family aku, dan gambar-gambar seangkatan dengannya. Kami pergi amik kat studio pada raya ke 4 kot tak silap aku. Semua baru berkumpul masa tu.



Ok, ok, nak jadi cerita dan pendek kata memang tak bagus nak mampus la servis kedai gambar tu! Ingatnya nak tolong 'orang kita' buat bisnes tapi dah jadi macam hampeh, gambar amik masa 2 bulan nak siap. Itu pon setelah ditembak guna senapang gajah, baru nampak gambarnya. Ish...ishh.. tak baik untuk kesihatan betul kalo berniaga sebegini rupa abe wehh...



Habis bab mengumpat. eh...tersasul pulak, hahahhahaa! Tahun depan raya di rumah mertua, dan bertambah lagi ahli bila adik ipar aku nak kahwin bulan 2 ni. Eh, awal gila aku cerita pasal nak raya pulak tahun depan, heheheheheeehe!

Monday, 29 November 2010

MEMILIH JIN

Alah membeli memang memakai...jap...jap..aku rasa salah pulak pepatah ni ngan aku. Tak masuk langsung. Mungkin yang ini baru betul - Orang memberi kita merasa, haa...betoi kot, hahahahaha! Ni bukan merasa penumbuk apatah lagi penampo, ni adalah rasa bila orang belanja kita, yeahhhhh!!!



Disebabkan balik kampung hari tu, adalah orang kaya baru belanja aku dan laki aku seluar jeans Levis. Sungguh kekampungan betoi aku bila masuk ke butik itu sebab selama ini aku pakai seluar cap 'Lipas' saja, hahahahhahahah! Takpelah, bila orang nak belanja, kita pon mesti buat tak tau ape-ape, buat macam tak pernah masuk butik itu, pastinya kita kan dibelanjakan - ye salah satu tips yang menarik untuk hari ini, hurmmm...! :)




Sungguh ghairah mencari yang paling terbaru dan termahal (sebab orang belanja). Eh, berlakon betul! Nape tak panggil je salesgirl, hehehehehe! Sungguh aku tak pandai memilih jeans! Aku hanya beli jeans bila bersama adik aku, Iera. Dia sangat pandailah bab fesyen. Makanya terpaksa aku main sauk yang mane berkenan. Alamak! Takde saiz pulak! Tu la...orang suruh kurus sikit kan...takpe..takpe banyak lagi pilihan, hehehhehe!





Yeahhh! Itulah orang kaya baru - berbaju putih! Dia adalah abang ipar aku merangkap abang kepada suami aku. Aku panggil dia Pok Baq. Oh! Jangan sesiapa terasa nak cuba try test pikat dia, dia sudah berkahwin anak dua. Hehehehhe! Opss...jatuh saham pulak, takpe lah pasni belanja Ieda lain la pulak, kasi up balik saham, hahahhahaha! :)






Laki aku sudah mula bosan! Aku pilih seluar tak abis-abis! Bukan tak abis-abis, aku kan nak tolong Kak Lisa pulak pilih seluar dia, hahahhaha! Eh, nampak tak watson depan tu. Pak Guard dia tak semenggah! Koreng idung jolok 1 meter kedalam, geli aku tengok! Kalo ye pon sopan la sikit, nak korek pon cover lah tangan sebelah macam nak cungkil gigi tu, ehhehehehe! Lantak ko lah Pak Guard, yelah...tengah sedappp kan, layan abis sampai tak sedar orang keliling semua tengok, ekekekeke!!!!




Amanda penat! Ok! Ok! Abis dah sayang...jom balik! :)

Monday, 27 September 2010

MY RAYA MOMENTS CONTEST

Cop! Cop! Cop! Bagi laluan jap, buat pertama kalinya dan julung kalinya setelah berabad aku.... nak join contest kembali!!! Hahahahha! Lelama bebenau tak join contest tapi dalam banyak-banyak hati eden benar-benar terpaut nak join contest ni, hahahahah! Opss....bukan skandal ok! Nak kene penampo ape! Hahahahah! Contest yang di anjurkan oleh blogger Eyriqazz

Kalau sebut contest, mesti nak tau hadiahnya ape kan. Ape lagi...fuluss...fulusss! Duit kepuk-kepuk beb atau pon topup, besttt tu! Penaja hadiah semua bukan main calang-calang (jangan sebut jalang, kang aku tampo!) kampeni besar-besar beb, miahahaha! Gurau aje, blogger yang rata-ratanya semua aku baca blog mereka setiap hari iaitu
  • Very da vas-vas REDMUMMY - hahaha! blog peberet aku, hari-hari aku ngadap, sampai naik pinau mata ngan merah, takpee...janji aku layan semua cerita yang vas vas :)
  • FITRIHADI - sharing is caring! suka sebab ada je info yang menarik dan membantu tapi bila kuar citer kelakar, guling-guling aku sensorang depan pc, miahahahah!!
  • VIRUSPADU - Blog Angelic Jemah ni lah yang buat aku nak tengok ape-ape tutorial yang boleh membantu, nak pulak citer ibu ngan anak, eh, aku suka nak sibuk nak tau, hahahaha!!

Hah! meletop semua penaja kan! Ape lagi, jom berebut ngan aku nak dapatkan fulus kepuk-kepuk tu, hehehehehhe!



Raya ke-3, bila malam penuh la umah mak mertua ku, semua cucu dah balik. Cucu semua lapan blas orang, pada aku banyak dah tu, hehehehe!!! So malam tu, FIL aku tetap nak bagi duit raya kat semua cucu cicitnya, eh, cicit belum ada lagi, silap.



Aku ngan laki aku tak bawak kamera. Bukan tak bawak, pendek kata rosak. Panjang kata ieda yang buat rosak. Sila jangan marah saya. So aku tengok picca melalui kamera anak buah aku. Nak tergelakssss pon ado tengok muka bebudak ni bersalam amik duit raya ngan aki diorang, miahahahaha!!! Meh layan memek muka bebudak nih ;p




Ni lah cucu sulong, cun? cun? cun? ada berani nak ngorat? hahahahahha!! Muka suka bebeno dapat duit raya, cam dalam facebook dia tulih "dah besar pon dapat duit raya". Takde le beso mane kamu tu Nabila wehh...hahahaha!







Ni Balqis, geng Amanda. Muka lembut kuyu je budak ni, dapat RM51 hengget pon masih senggih ajer, seronok ke? teruja ke? sedih ke? kuikuikuikuiku!






Ni gangster Kampung Pinang, dia siap cakap,"Lu tengok! Atok gua bagi RM51, atok lu ada??!" hahahhahaha!!!








Mek Nurin ala-ala model peraga duit lima ploh satu hengget limited edition ;p







Ni Wafiq. Muka happy giler ko dapat duit. Gigi tersusun sengih. Cuba tengok muka gangster Kampung Pinang"Lu jangan sengih lebih-lebih Wafiq, geli gua tengok!"









Ni muka biasa. Macam muka pemenang yang selalu masuk dalam surat khabar, heheheh!







Haaa....Mek ni selalu buat muka macam terima biasiswa






hehheheheh! Lisa! "Duit ni Lisa nak beli KFC banyak-banyak!" Sudah tu Lisaaaa....makin debab ko tu! ;p






"Cehhhh! Takkan banyak ni kot?????" Fatin tak puas ati dapat lima ploh hengget, sebab budak kecik pon dapat sama je ngan dia yang sedia besar, eh..besar ke ko Fatin? Huahuahua! ;p



Dan yang terkhir.....


Budak ni kalau tengah orang salam amik duit raya, dia pon sibuk melilau....


Tapi.....


Bila kena turn dia.....







Siap kene paksa haaaaaaaa! Anak sapooo lah ni?! Hahahahhaha! " Tidak! Tidak! Lepaskan saya!"






Bila duit dah dapat, dia la palinggggg suka sangattt! Adoiiii....


Aduhh.... Bro Eryqazz, picca saya banyak bebeno, kalau tak suka saya minta ampun sesangat, bukan ape, teman udah teruja bebeno dengan contest ni, huhuhuhu!!!


Ok, jika ada yang minat nak masuk contest ni, sila klik SINI untuk syarat-syarat contest. Good luck untuk diri aku sendiri, hehehhehe!! :)

Monday, 20 September 2010

TERBANG DI AWAN BIRU - AWAN IEDA :)


Gambar tipu sebab laki aku nampak kurus! Jeles kot, huahuahu!



Hahahahah!! Sila baca bebetul, Awan Ieda ok, jangan sebut Sawan Ieda pulak, naya jer... Lepas dah makan berak kuar segala Laksa Johor, raya keduanya dengan penuh kegedikan aku terbang ke Kota Bharu, Klatee... Beraya di rumah mak mertua ngan pak mertua aku.



Pepagi buta papa hantar kami ke Lapangan Terbang Senai, dekat jer dari umah makcik aku. Entah nape nak kuar umah pepagi buta, padahal flight aku pukul 12 tghari, huahuahua!!! Dalam masa yang sama laki aku sakit perut. Ye kot...perut laki aku terkejut makan banyak Laksa Johor ngan Mee Rebus Haji Wahid, hahahhaha!!! Aku steady aje, perut tong sampah, hahahha!!






Tengok! Diorang siap pakai baju raya lagi sebab nak pergi beraya lepas hantar aku. Heheheheh!! Takpe, beraya di mana-mana pon sama aje, lagi pon kesian pulak dekat mak&pak mertua aku, sunyi umah sebab semua anak raya belah mertua tahun ni, heheheh! Takpe...next year giliran Besut pulak yeaahh :)






Aku naik aje, mesti nak berebut ngan laki aku sape dapat duduk tepi tingkapppp, hahahahha!!! Skang anak aku kecik, nanti dia beso, tiga-tiga berebut, hehehhe! Dari JB ke KL aku duduk tepi tingkap. Dari KL ke KB pon aku gak hehehehehe!!!







Tapi kalau dah duduk tepi tingkap ni, kene pengang anak le jawabnyer, dah Amanda pon suke bebeno tengok awan. Siap cakap "Wwoooo!" lagi, hahahahah! Kesian anak aku, bak kata orang kampung "pestaim naik kape torobang" wakakakakka!!




Biase lah budak Amanda ni, bila dok lama skit dalam flight, mula bosan, mulalah tingkap jadi mangsa, dok main bukak tutup, hahahhahaha!!! Mujur tak buat taik, kalo tak satu hal pulak aku nak membasuh, ekekekeke! Kang mengaum satu kapal bau taik ucuk, ekekekeke!!!







Amanda mula penat dan pening-pening ayam. Bagi duduk sikit, mama nak bancuh susu lemak manis disukai ramai.



Dari JB ke KL 30 minit sajer. Transit kat KLIA. Flight kul 3.15ptg pulak untuk ke Kota Bharu. Bila dah sampai KLIA, mulalah meraba nak cari toilet, laki bini nak membuang, heheheh!!!



Nak pulak jadi cerita, lepas semua muka segar pas membuang, terserempak pulak ngan jejaka kecik molek ni, hahahahah!!! Aii...bertegor ngan laki aku macam kenal bebeno, siap amik gambo sekeping. Tapi aku tak amik, maluuu...dushh!! dushh!! *Sila yakin saya memang pemalu! Hahahahahah!!







Mr. Sham wif Ally Iskandar







Aku lapar yang amat! Pagi tu hanya sempat breakfast mee goreng. Laki aku takmo makan sebab sakit perut yang amat. So aku lepak kat Jonker Walk Kopitiam, belasah Sandwich Tuna, sedappp! Ye la..tengah lapar, semua jadi sedap, wakakakak!




Ok, masa dari KL ke Kota Bharu, aku dah mula pening, Tak mengandung lagi ok! Mual je rasa, hahahahha! Dari KL ke Kota Bharu amik masa sejam, adussss! Memang serius kot loya, pening yang amat. Mujur Amanda tak banyak songeh, dia pon senyap je. Isskkk...aku pon tengah taip ni terasa loya pulak, wakakakaka!!!





Tapi korang jangan loya pulak tengok gambo ni, tampo kang, hahahahha!!!







Tepat pukul 4ptg, alhamdulillah...selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Adalah yang menyambut kat sana, nak ke Besut pulak amik masa 2 jam! Jam nak mampus, aku dah la pening...siap melingkor kat belakang kereta, huahauha!! Ekceli, amik masa 45 min je nak sampai umah tapi sebab jam kan...kereta banyak, almaklum baru raya kedua time tu...



Pukul 6ptg selamat sampai umah MIL&FIL aku, alhamdulillahh....


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014