Tuesday, 11 January 2011

AKU DAN KENDURI KAWIN DAN MASAALAH BAJUNYA




Ujung bulan ni ada kenduri kawin sepupu sepapat ipar duai bagai. Badan belah 6, semua wajib pergi. Sebenarnya bukan 6, 2 aje, hahahah! 6 tu dikira macam ni :

  1. Majlis nikah apis & nana (Johor)
  2. Majlis umah nana (Johor)
  3. Majlis umah apis (Johor)
  4. Majlis nikah umah ina adik ipar aku & hasnol (Besut)
  5. Majlis umah ina adik ipar aku (Besut)
  6. Majlis umah hasnol (KL)


Haa...kan dah jadi 6 tu, ahaks! Aku takde baju nak pakai. Bukan bermaksud telanjang boolat tapi takde baju baru. Getis getik betoi kan aku, nak baju baru konon. Tapi takpe, aku pasrah. Pasrah sambil mengharapkan bantuan turun menghulurkan kertas purple untuk beli baju baru, hahahaha!



Mimpi lah kau! Adik aku bagi cadangan. Aku banyak kain batik sarung. Sepuluh helai kot (belagak giler, opah kat kampung tu ada tujuh puluh helai pon tak bising), itupon pakai waktu dalam pantang aje. So adik aku cadangkan pakai lah kain batik sarong mengikut tema dan kaler umah pengantin. Baju tu pakai le ape-ape pon. Nak sweet lagi, kemban aje. Memang semua orang terpana melihat nanti.


Serius tak kelakar.


Giler! Sakit ati aku adik aku merepek.\\\\ <---ntah nape pulak aku taip batang senget ni, hahahha! Takpe le, aku pasrah. Kang kalo aku buat entri kenduri kawin 6 majlis, korang jangan tanya camni, "semua majlis dalam hari yang sama ke? (sebab pakai baju sama)" T__T



Aku pasrah, hahahahahhahahahhahahahah! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014