Sunday, 23 January 2011

JIWANG PUKUL 10.30MALAM

EHEM..EHEM...TESTING 1,2,3!! ketuk-ketuk mic



Dalam usikku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka

Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana

Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna

Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlakuku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara

Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri



Amanda, tolong ambilkan mama air segelen. Ok, nak nyanyi lagu apa pulak lepas ni? Miahahahah!

10 comments:

  1. ish ish...kalau letak video lagi best ni.. baru terasa feeling..ekekeke

    ReplyDelete
  2. salam Ieda..
    puisi "tak dapat"
    ke nih..?cam sedih je?

    ReplyDelete
  3. JIran sebelah tak dengor ke aok nyanyi tu..?

    ReplyDelete
  4. salam,

    perghhh!!! jiwang abis ni... suke3x... keke

    ReplyDelete
  5. lagu apa ni ? lain macam je liriknya..

    ReplyDelete
  6. Up load di dalam You Tube nanti boleh jadi famous macam Cikgu Shida

    ReplyDelete
  7. air segelen? kembung perut mama kang

    ahhahhaha

    ReplyDelete
  8. weiii
    patut la ujan lebat malam tadi!
    hahahha

    ReplyDelete
  9. salam ieda..
    td sbnrnya mkn t/ari satu restoran ngan ida n kwn2..
    nk tegor dah tp takot slh org ..tp betollah ieda td yg kite nampak..
    xpe lainkali kalo berselisih bahu,kite hai hai yek..hati mmg yakin sgt td nk tego ni mama amandakan..
    ieda td pakai tudung kaler pepelkan :)

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014