Sunday, 9 January 2011

MIMPI DAN MENGIDAM BENDA YANG SAMA

*Tengok gambar pon jadilah. Gambar cempedak sape ntah aku pinjam dari google, pinjam je...*


*Sedih*


Susah betoi kalau mengidam, siap mimpi-mimpi lagi. Mengidam ni bukan untuk terma orang mengandung aje sekarang ni, biasanya yang tak mengandung tu lagi lebih-lebih, hahahaha! Sudah sebulan setengah aku meratap merayau mencari 'CEMPEDAK GORENG' sekitar Ipoh ni! Amik haa...siap tulisan besar lagi menandakan betapa tingginya cita-cita aku nak makan cempedak goreng tu, hahahah!




Betoi..sebulan setengah aku cari tapi semua kata "takde musim lah dik", (wow!! dia panggil aku adik! hahaha!) uisshh...frust..frust..frusttt yang amanat. Kalau mengandung ni, mau leleh-leleh ailio anak aku kuar nanti. Nak cari cempedak mentah pon tak jumpe. Tak pe la...sabo lagi, takpe, petang ni pusing Ipoh lagi naik beskal, kot-kot jumpe cempedak goreng.




Oh, lupe pulak. Sebenarnya petang ni nak pergi cari waffle lah! Ni pon dalam senarai kategori mengidam nombor empat ploh empat. Walaupon setiap selang tiga hari makan waffle, masih mengidam gak, hahahahha! Baik aku kumpul duit beli mesin buat waffle tu daripada selang tiga hari beli, pastu boleh la makan waffle sampai pengsan. Hahahah! Tak logik langsung makan sampai pengsan, makan sampai tercekik lah. Korang pon main baca aje ;p





*Lat talilat tali tam plom, yeahh aku dapat waffle kat atas :)*
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014