Wednesday, 5 January 2011

UiTM PULAU PINANG - SAMBUNG BELAJAR





2 minggu lepas, pergi Penang. Nak pergi sambung belajar. Aku ke? Hahhahaha! Tipu-tipu, bukan aku tapi hantar adik aku, heheheh! Ok, fine. Sorang-sorang dah berambus keluar dari umah mak aku, so sekarang tinggal Iera dan Azim aje. Iera adalah penunggu Ipoh, dari kecik berak mak aku basuh sampai le dah besar leh basuh sendiri, belajar dan kerja pon masih di Ipoh. Ok, ok..tu dia punya pasal, hahaha!




Pukul 8.00 pagi bertolak dari umah, nak menganto adik aku ke Penang. Aku pon ponteng keje, shuu..jangan bagi tau bos aku tau, hehehe! Papa bawak kereta ala-ala makan angin kan, memang kembong abis mesing-masing makan angin, dengan tayar kereta pon naik kembong. Amik ko, puas makan angin atas lebuh raya aje, sampai la tempat yang di tuju dengan jayanya pada pukul 10.30 pagi ...





Haa...masuk,masuk. Jangan malu-malu. Abang kawad kaki unipom dah tunggu. Pastu abang pegang kamera mahal pon tunggu nak amik gambo pelajar-pelajar baru. 1,2,3 pose! Hahahha! Malu kot, aku je lelebih malu, macam le orang nak amik gambo aku sorang, perasa perasaan betul! Hahahah!




Ok, lepas sesi daftar dan bla bla bla, mulalah acara rebut katil, miahahaha! Aku rasa, aku ngan mak aku je yang lebih-lebih dari adik aku yang nak belajar kat situ, hahaha! Peduli ape ok :)



Adik aku yang tak berapa nak teruja dari kakak dan maknyer, hahaha!








Masuk rumah terus nampak meja study tersusun. Pandai-pandai le korang...muahahaha!



Ok, masa baru tiba kat rumah tu, budak sihat ni dah sampai dulu. Satu rumah pecah dua bilik, satu bilik, 4 orang pelajar. Selesa. Lagi pon ni asrama baru. So so so laa... :)





Toilet yang tak mau kalah, hahahah!


Ok, sebagai keramat, mak aku rasmi dulu jamban ni, hahahahha! Pastu aku pulak, hahahaha! Ok, dah besar panjang masing-masing, pandai-pandai lah bawa diri kat tempat orang. Ingat niat nak belajar dan berjaya. Semoga korang berjaya, yeahhhh! :)
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014