Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Friday, 19 August 2011

10 Malam Terakhir



10 malam terakhir. Hampir penghujung. Sedih.




p/s: malas update belog, gaji dan bonus tak masuk lagi, eh..eh.. :)

Tuesday, 16 August 2011

Malam Lailatul Qadar - Dapatkan Tips 10 Malam Terakhir Disni

Bila bulan pose, rasa cam kekang skit nak bercerita. Kena jaga, kurang kang pahala aku, dah le aku suka cakap yang merapu kan, buat kurang ailio je, kena plak bibir kering sampai telinga pon jadi bengang-bengang gitu. So dok dendiam main fesbuk. Eh, jangan menyibuk dengan fesbuk orang yang mengumpat dan mengata orang lain jugak. Ok, beralih ke tweeter, sedappp spammm dekat timeline tu pon buat orang menyampah kat aku, hahahahha! Jawap nya tdo lebih baik, hahahahaha! 



Aku malas nak cerita juadah berbuka puasa bagai. Sama je semua kan, nak nak komen wah...nampak sedap! Ko rasa pon idak, ini kan aku, balik-balik bazar takde kerja nak snap picca bagai, baik aku melangut tengok upin dan ipin, hahahaha! Persiapan raya? Semua dah siap, aku beli ari tu baju raya amanda ngan laki aku kat Jakarta aritu. Yang aku punya baju kurung 2 helai sudah. Tak payah nak sampai 30 pasang, hahahahha! 








Sekarang dah masuk 15 malam terakhir kan. Tak lama lagi 10 malam terakhir iaitu Malam Lailatul Qdar. Kejar selagi mampu, selagi sihat, selagi hidup. Bila dah terlantar ape pon tak jadi. Malam Lailatul Qdar adalah lebih baik dari seribu malam. Ia nya berlaku 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadhan. Dapatkan tips 10 malam terakhir DISINI. Insyallah membantu :)

Wednesday, 10 August 2011

Mati Selepas Makan Juadah Dari Bazar

MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.


Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.


Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.
Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.
“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.


“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

“Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia,” katanya.


Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.
Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.
Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang. 

credit to Berita Harian


Thursday, 4 August 2011

Kemaruk Air Jambu

Dekat Ipoh ni, bukan mainn panas lagi cuaca, cuma petang dan malam semalam hujan lebat, alhamdulillah! :) Cuaca panas memang sinonim dengan bulan Ramadhan, tapi takpe semua tu kan...dalam pepanas gini, kalau berbuka tu udah 3 hari berturut-turut wajib berbuka dengan air jambu asam boi. Sedapppp wooo!! Sejuk gitew mengalir di tekak pastu usus bagai, sampai la ke baby dalam perut ni, ekekeke! :)









Takmo air lain dah, nak air jambu dan air masak ajer okehh! Hahahhaha! Balik jer dari kerja, terus pergi bazar dan serang gerai ahkak yang jual air jambu tu, heheheh! Lauk dan makanan lain malas nak citer, semua sama saja, aku semua boleh makan, alhamdulillah :)

Tuesday, 2 August 2011

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2011

Haa...yang mak bapak dok tanggung lagi tu, elok jugak amik tau ye.. aku dulu walaupon dah bekerja dan masih makpak dok tanggung, aku bayar jugak ok! Ecececece menunjuk riak baik konon kan! Isk..is..isk..Hahahahaha! 




Haa...sekali besarrr letak Kadar Zakat ni, bagi teranggg skit mata korang, hehehehe! 

Monday, 1 August 2011

Rindu Dekat Pak Engku Kacak!

Ok! Malam semalam macam biasa seperti setiap tahun beria nak dengar pengumuman puasa. Mengadappp tv kan, pastu bila umum puasa esok hari, meloncat bagai budak 4 tahun, padahal dah 27 tahun tua bangkanya! Hahahahha! Peduli apa kan, selagi aku bayar cukai pintu, suka hati la nak loncat bagai kat rumah bapak aku tu..eh..eh..rumah bapak ok! Hahhaahhaha!





Eh, semalam pengumuman puasa 2011 telah di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Aku cakap kat bapak aku, "eh, mane Pak Engku ensem dulu tu??" Kempunan ok! Aku minat Pak Engku sejak aku kecik lagi, simpan perasaan senyap-senyap dalam hati hahahahah! *wink*wink*




Ok, ni video malam semalam









Dan yang ini tahun lepas punya... YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Bin Engku Ngah, miss u so much Pak Engku!! :)

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014