Showing posts with label zakat fitrah. Show all posts
Showing posts with label zakat fitrah. Show all posts

Tuesday, 2 August 2011

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2011

Haa...yang mak bapak dok tanggung lagi tu, elok jugak amik tau ye.. aku dulu walaupon dah bekerja dan masih makpak dok tanggung, aku bayar jugak ok! Ecececece menunjuk riak baik konon kan! Isk..is..isk..Hahahahaha! 




Haa...sekali besarrr letak Kadar Zakat ni, bagi teranggg skit mata korang, hehehehe! 

Thursday, 12 August 2010

JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT YEE.. :)

Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang – RM7
Terengganu – RM5, RM7 dan RM8
Johor – RM5 dan RM7.50
Sabah – RM6.80
Negeri Sembilan – RM6.50
Melaka – RM6.50
Sarawak dan Perlis – RM6


Sumber : BERNAMA
___________________________________________________________

Puasa dah masuk hari kedua. Semalam agak kelam kabut sikit, yele...aku balik kerja terus masak Kari Daging untuk berbuka, dah janji kannn....ikrar nak masak sebulan berpuasa, hahahhaha!



Dalam penat-penat semalam, lepas berbuka aku teringat pasal zakat. Weh, korang pon jangan lupe tau nak membayarnya :)


Pembayaran Zakat Fitrah di bayar pada bulan Ramadhan, bermula 1 Ramadhan sehingga1 Syawal sebelum Solat Sunat Aidilfitri.



Zakat salah satu Rukun Islam yang lima. Ianya wajib keatas tiap-tiap orang Islam yang cukup syaratnya. Syarat-syaratnya adalah :
  • Islam
  • Merdeka
  • Milik sempurna
  • Cukup nisab
  • Cukup haul (genap setahun hijriah)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)


Dengan berzakat dapatlah kita membantu fakir miskion yang kurang upaya. Jangan lupa bayar zakat ye :)




p/s: bayar awal senang, nanti lupa pulak dengan kuih raya, baju raya..bla..bla.. :)


Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014