Monday, 1 August 2011

Rindu Dekat Pak Engku Kacak!

Ok! Malam semalam macam biasa seperti setiap tahun beria nak dengar pengumuman puasa. Mengadappp tv kan, pastu bila umum puasa esok hari, meloncat bagai budak 4 tahun, padahal dah 27 tahun tua bangkanya! Hahahahha! Peduli apa kan, selagi aku bayar cukai pintu, suka hati la nak loncat bagai kat rumah bapak aku tu..eh..eh..rumah bapak ok! Hahhaahhaha!





Eh, semalam pengumuman puasa 2011 telah di umumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Aku cakap kat bapak aku, "eh, mane Pak Engku ensem dulu tu??" Kempunan ok! Aku minat Pak Engku sejak aku kecik lagi, simpan perasaan senyap-senyap dalam hati hahahahah! *wink*wink*




Ok, ni video malam semalam









Dan yang ini tahun lepas punya... YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Bin Engku Ngah, miss u so much Pak Engku!! :)

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014