Friday, 12 August 2011

Penghujung Cintaku, hakhakhak!



Hikhikhik! Petang Rabu lepas, gateiii tetibe bukan fesbuk kan..ecehh...memang selalu bukak pon time tu, tetiba nampak soalan dari Faizal Ismail (FBI) macam kat atas denun, time tu baru 15 saat soalan tu kuar. Sibuk je aku nak jawap sekali kan. Siap google bagai lagi jawapan, kahkahkah! Presss enter lelaju gitew. Gegar-gegar keyboard nak menaip laju punya pasal, hahahaha! Bajet nak menang kan. Lepas tu refresh balik, haa.....amik kau! Kira dalam senarai komen, aku nombor ke berapa ntah, dup dap dup dap jantung, macam masuk marathon gitew, ntah hape-hape kan. Pastu aku baca komen-komen yang kat atas tu, bukan semua yang bagi jawapan, siap tanya soalan yang ntah apa-apa kat FBI, hahahahaha! Ok-ok. Pura-pura cool, tak dapat pon takpe, tapi benda free sape takmo, terbaru gitew, hahahahaha!!!



Balik dari terawikh, lepas anak dah tdo, bukak pesbuk kat rumah pulak kan. Gila pesbuk la pulak tetibakan,  hahahahaha! Tak pernah-pernah tetiba je. Sekali begini yang keluar.......





Ok, sila baca lapan ploh sembilan kali ok, nama aku tertera di atas, hahahahahahhaha! Mak suka noks! Hahahahahah! Eh, pastu pon FBI bagi mesej kat fesbuk nak detail ukuran baju nak bagi baju raya sekali, hahahahahah! tipu jek! Kahkahkah! Dia nak alamat bagai. Ok, puas ati menang, dok sesenyappp pas ni, rezeki, alhamdulillah! :)




CD Penghujung Cintaku, 

"Vokalis Kumpulan Ungu iaitu Pasha telah pun selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Adelia beberapa bulan lalu. Bersempena dengan perkahwinannya yang cukup gilang-gemilang tersebut, Pasha telah pun menghadiahkan Adelia sebuah lagu yang digubah khas sebagai buah tangan perkahwinan mereka berjudul 'Penghujung Cintaku'. 


Lirik serta melodi yang puitis membuatkan Pasha memilih Adelia sebagai gandingan duetnya dan juga sebagai tanda cinta mereka berdua. Selain lagu cinta Pasha dan Adelia yang berjudul Penghujung Cinta, album ini turut mengandungi 12 buah lagu cinta artis-artis lain antaranya adalah lagu-lagu dari Dato' Siti Nurhaliza (Bukan Cinta Biasa/Percayalah), Naff (Akhirnya Ku Menemukanmu), Sherina (Cinta Pertama dan Terakhir), Ungu (Aku Ingin Selamanya/Tercipta Untukku), Sofaz (Janjiku/Dan Bila Esok), Rossa (Wanita Yang Kau Pilih), Kumpulan Kotak (Masih Cinta) dan sebuah lagu duet Pasha bersama Rossa berjudul Terlanjur Cinta" - google
Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014