Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Tuesday, 3 January 2012

Gambar Daring Bukan Main Si Amalina Budak 17A


Bukak tahun baru je nak bergosip bagai.



Wah dahsat seksis meletup ko, eh ada yang kata takde la sseksis mana tapi bagi akak akak yang sedikit kekampungan mata mereka mengatakan meme seksi abih! Memeee! Hahahaha! Kata orang inilah akibat terlebih pandai. Kata orang lagi inilah culture jam G-Shock. Kata orang inilah terkejut-terkejut beruk budaya. Itu kata orang. Mane si Amalina ni namo jawab ke? 




Semoga Allah membuka hatinya kembali ke pangkal jalan. Kesian mak apak kau. Semoga kau bertaubat. Aminn....





Wah persis model kau! Seksisis pakai jaring ikan tuuuu! Jimat duit beli baju yee!





Giler meletop badan kauuu! Kuku tu pakai kuiteks ke inai hitam? Miahahahah! 

*gambar cedok Informasi dot my dan Zulkbo

Monday, 23 May 2011

Tidak Didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dipetik berkata, rumah anak yatim terbabit tidak didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.




Terbaru, struktur ranap ditimbus tanah runtuh di Hulu Langat itu disahkan MPKJ  tidak memiliki Sijil Layak Menduduki atau CF.


Siapa harus bertanggungjawab?? Haa..jawab..jawab..naya je.. Al-Fatihah. Sedih. Sayu.








Sunday, 5 September 2010

AIDILFITRI KHAMIS INI? USAH CEPAT TERPENGARUH OK!


Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, lapor Berita Harian Online. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin dan tidak semestinya betul. “Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini,” katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web Jakim.



Laman web Jakim menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah. Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.



“Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya,” katanya ketika dihubungi. Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.



Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat. “Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak,” katanya.



Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari. “Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.



“Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat,” katanya ketika dihubungi semalam. Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini. -MALAYSIAKINI.COM

Friday, 23 July 2010

AYAH GUNA ANAK 5 TAHUN UNTUK MENCURI

Isk..isk...Allah bagi anak supaya kita jaga dia, didik dengan perkara yang elok, beri kasih sayang tapiiiiiiiiiii lain pulak jadinya.....

________________________________________________________

LUMUT: Polis menahan seorang lelaki yang menggunakan anaknya berusia lima tahun untuk melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan di sekitar daerah ini.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di Pusat Makanan Sitiawan dekat sini, awal pagi Isnin lalu selepas polis menerima laporan daripada beberapa orang mangsa.


"Lelaki itu menjadikan anaknya sebagai pembantu ketika dia melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan yang telah dikenal pasti. Suspek yang menunggu di luar premis terbabit sebelum itu memberikan anaknya wang tunai bernilai RM100 untuk berpura-pura membeli barang di premis perniagaan termasuk kedai makan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Katanya, mangsa kemudian mencari wang baki dengan meninggalkan kaunter bayaran, ketika itu kanak-kanak itu akan menyelongkar laci di kaunter berkenaan dan melarikan kesemua wang tunai yang ada.



Beliau berkata, ketika menggeledah kereta suspek, polis menemui wang tunai berjumlah RM4,700, tiga keping kad pengenalan, lima telefon bimbit, beberapa keping kad bank dan sebungkus plastik mengandungi dadah dipercayai ganja.



"Siasatan awal mendapati, suspek terbabit dalam beberapa kes curi iaitu satu kes di Hilir Perak, empat kes di Manjung dan tiga kes di Perak Tengah," katanya.



Mohd Jamil berkata, anak suspek berkenaan akan diserahkan kepada bapa saudaranya untuk jagaan sementara sebelum diserahkan kepada Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Pulau Pinang sebaik sahaja siasatan kes selesai.-Bernama

Optimized using automated SEO Tools by MY SEO Tool.
Elegant Rose - Working In Background
Designed by UMIESUEstudio 2014