Suatu tengahari yang sejuk sebab hujan, aku pon pergi shopping complex. Saje jalan-jalan nak tengok 'seluar kecik' yang teman-teman opis dok heboh. Sampai ke tempat yang dituju. Pilih punya pilih. Belek punya belek. Isshhh....apasal yang aku berkenan ni takde haaa? Setelah setengah jam memilih ditempat yang sama, baru perasan. Penuh betul keliling kaum lelaki disekeliling aku sedang mencari 'seluar kecik' jugak.
Salah department rupanya.
Hehehehehehehehe!
Patutlah tak jumpe boxer corak 'love' ♥♥♥. Hahahahahaha T_T
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana ketip-ketip jari korang kat sini untuk komen, jap lagi komen lagi eh..ada lagi..ada..betoi..wa talak tipuu wooo..hahahah!